Malaysia legislation
Section 88
Seksyen 88
Kaedah-kaedah
(a)
bagi mengawal selia bilangan dan jenis brek, termasuk penyendal dan rantai pengunci dalam hal kenderaan yang ditarik oleh kuda atau lembu, bagi apa-apa kelas atau perihalan kenderaan apabila digunakan di jalan dan bagi memastikan yang brek itu adalah cekap dan dijaga dalam keadaan dapat berfungsi dengan sepatutnya dan bagi
Pengangkutan Jalan 159
memberi kuasa kepada orang yang dibenarkan di bawah kaedah-kaedah itu untuk menguji dan memeriksa mana-mana brek itu, sama ada di sesuatu jalan atau di tempat lain;
(b)
bagi melarang penggunaan apa-apa roda, runut atau tayar daripada jenis yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada jalan atau di atas mana-mana kelas jalan tertentu atau di atas mana-mana jalan tertentu;
(c)
bagi melarang apa-apa kelas atau perihalan kenderaan, atau mana-mana pejalan kaki daripada berada di atas atau berjalan di sepanjang mana-mana bahagian mana-mana jalan;
(d)
bagi menetapkan alat yang hendak dipasang pada kenderaan mikromobiliti (yang bukan kenderaan motor)
untuk menandakan adanya kenderaan itu apabila digunakan di jalan dan untuk memastikan supaya penunggang kenderaan itu hendaklah dengan cara menggunakan alat sedemikian memberi amaran yang cukup tentang adanya kenderaan tersebut;
(e)
bagi menetapkan syarat yang tertakluk kepadanya, dan masa apabila, barang-barang yang mempunyai berat luar biasa atau dimensi yang luar biasa besarnya boleh dibawa di atas jalan;
(f)
bagi menetapkan cara bagaimana kenderaan yang digunakan di jalan boleh dimuat dan langkah berjaga-jaga yang hendak diambil untuk memastikan keselamatan orang awam berkaitan dengannya;
(g)
bagi menetapkan syarat yang tertakluk kepadanya, dan masa apabila, barang-barang boleh dimuatkan ke dalam atau dipunggah daripada kenderaan atau kenderaan-kenderaan daripada sesuatu kelas atau perihalan di jalan;
(h)
bagi menetapkan kaedah-kaedah mengenai keutamaan yang hendak diikuti di antara lalu lintas yang menghala
160 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
ke arah yang sama, atau arah yang bertentangan atau apabila melintasi jalan;
(i)
bagi menetapkan syarat yang tertakluk kepadanya, dan masa apabila, binatang boleh dipimpin atau digembalakan di jalan;
(j)
bagi melarang atau menetapkan syarat yang tertakluk kepadanya kenderaan atau kenderaan-kenderaan daripada sesuatu kelas atau perihalan boleh ditinggalkan dalam keadaan tidak bergerak atau ditinggalkan tanpa dijaga di mana-mana jalan, di mana-mana kelas jalan yang tertentu atau di mana-mana jalan tertentu;
(k)
bagi melarang binatang daripada berada atau ditinggalkan tanpa dijaga atau tanpa kawalan sewajarnya di jalan atau di mana-mana kelas jalan tertentu atau di mana-mana jalan tertentu;
(l)
bagi mengehadkan penggunaan kenderaan, binatang dan orang di jalan awam bagi maksud pengiklanan daripada apa-apa jenis atau dengan apa-apa cara, sehingga boleh menjadi suatu punca bahaya atau menyebabkan galangan kepada lalu lintas;
(m)
bagi mengehadkan dan mengawal selia penggunaan di jalan-jalan akan kenderaan yang menjalankan kerja menegakkan, menempatkan, memindahkan, mengubahkan atau membaiki lampu, kabel atas dan membuat kerja-kerja jalan atau lebuh;
(n)
bagi mengehadkan dan melarang pembasuhan kenderaan dan binatang di jalan;
(o)
bagi menetapkan lampu dan reflektor yang hendak dipasang pada kenderaan atau pada kenderaan-kenderaan daripada mana-mana kelas atau perihalan apabila kenderaan itu digunakan di jalan, dan bagi menetapkan jenis lampu dan reflektor tersebut, tempat di mana, dan warna latar belakang atas mana, lampu dan reflektor itu
Pengangkutan Jalan 161
hendak dipasang dan masa bila sesuatu lampu yang dipasang itu hendak dinyalakan;
(p)
bagi menetapkan bilangan orang yang boleh dibawa di atas kenderaan mikromobiliti di jalan dan cara bagaimana orang itu boleh dibawa;
(q)
bagi menetapkan saiz, warna dan jenis isyarat lalu lintas yang hendak ditempatkan di atas atau berhampiran dengan jalan;
(r)
bagi menghendaki pemandu dan orang yang menjaga kenderaan motor dan kenderaan supaya memandu dan menggunakan kenderaan itu, dan orang yang menggunakan jalan supaya menggunakan jalan tersebut mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini, dan mematuhi segala arahan yang diberikan kepada mereka oleh mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas yang pada masa itu bertugas mengawal selia lalu lintas;
(s)
bagi menghendaki orang yang memandu atau yang dibawa di atas motosikal supaya memakai topi keledar, dan bagi menentukan kelas atau perihalan motosikal itu; bagi menetapkan topi keledar itu mengikut bentuk, buatan, pelabelan, tanda atau apa-apa kualiti lain dan bagi melarangkan topi keledar daripada dijual, ditawarkan untuk dijual, disewakan, ditawarkan untuk disewakan atau dibekalkan dengan topi keledar jika ia tidak ditetapkan sedemikian:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa kaedah boleh dibuat berkenaan dengan perkara yang dinyatakan dalam perenggan (b), (c),
(e)
, (i), (j), (k), (m), (n) dan (q) tanpa berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya.
Dengan syarat selanjutnya bahawa tiada kaedah-kaedah boleh dibuat berkenaan dengan perkara yang dinyatakan dalam perenggan (e), (g)
dan (h) yang berhubungan dengan pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan perkhidmatan pelancongan
162 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
dan perkhidmatan kenderaan barangan yang dilesenkan di bawah
Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
(2)
Berhubungan dengan jalan
Persekutuan,
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya boleh membuat kaedah-kaedah bagi melarang mana-mana orang daripada menggunakan sesuatu jalan dengan cara yang mungkin menjejaskan kebersihannya.
(3)
Kaedah-kaedah di bawah seksyen ini boleh membuat peruntukan bagi pembatalan apa-apa kaedah atau undang-undang kecil mengenai perkara yang sama seperti kaedah-kaedah itu dan bagi penggantungan, semasa kaedah-kaedah itu berkuat kuasa, apa-apa kuasa bagi membuat mana-mana kaedah atau undang-undang kecil sedemikian.
(4)
Kaedah-kaedah di bawah seksyen ini boleh mengecualikan atau boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa, termasuk pihak berkuasa tempatan, untuk mengecualikan mana-mana orang atau kelas atau perihalan orang atau mana-mana kenderaan atau kelas atau perihalan kenderaan daripada peruntukan mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini.
BAHAGIAN IIIA
CAJ JALAN BAGI KENDERAAN MOTOR
Tafsiran