Malaysia legislation
Section 90
Seksyen 90
Pembawa kenderaan motor hendaklah diinsuranskan terhadap risiko pihak ketiga
(2)
Jika seseorang bertindak dengan melanggar seksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah, dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu di bawah Bahagian II bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh sabitan itu melainkan jika mahkamah oleh kerana sebab tertentu yang dinyatakan dalam perintah itu memikirkan patut untuk memerintahkan selainnya dan tanpa menjejaskan kuasa mahkamah untuk memerintahkan tempoh kehilangan kelayakan yang lebih lama.
(3)
Seseorang yang dihilangkan kelayakan disebabkan sabitan di bawah seksyen ini atau suatu perintah yang dibuat di bawahnya, daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu hendaklah, bagi maksud Bahagian II, disifatkan sebagai telah dihilangkan kelayakan disebabkan sabitan di bawah peruntukan Bahagian itu:
Dengan syarat bahawa seseorang tidak boleh disabitkan dengan suatu kesalahan terhadap seksyen ini jika dia membuktikan—
166 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(a)
bahawa kenderaan itu bukan kepunyaannya dan bukan dalam milikannya di bawah apa-apa kontrak sewaan atau pinjaman;
(b)
bahawa dia menggunakan kenderaan itu dalam perjalanan pekerjaannya; dan
(c)
bahawa dia tidak mengetahui atau tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tidak ada berkuat kuasa berhubungan dengan pengguna tersebut apa-apa polisi insurans atau apa-apa jaminan yang mematuhi Bahagian ini.
(4)
Walau apa pun undang-undang bertulis yang menetapkan masa dalam mana prosiding boleh dibawa di hadapan mahkamah, prosiding bagi kesalahan di bawah seksyen ini boleh dibawa—
(a)
dalam tempoh enam bulan dari tarikh berlakunya kesalahan yang dikatakan itu; atau
(b)
dalam tempoh yang tidak melebihi tiga bulan dari tarikh pendakwa mengetahui tentang berlakunya kesalahan itu atau tidak melebihi satu tahun dari tarikh kesalahan itu dilakukan, mengikut tempoh masa mana yang lebih lama.
(5)
Seksyen ini tidak terpakai—
(a)
bagi kenderaan yang dipunyai oleh—
(i)
mana-mana Kerajaan dalam Malaysia;
(ii)
Kerajaan Republik Singapura;
(iii)
sesuatu perbandaran atau pihak berkuasa tempatan lain yang diluluskan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerajaan tempatan kecuali bagi kenderaan perkhidmatan awam, selain suatu kenderaan pekerja; atau
Pengangkutan Jalan 167
(iv)
sesuatu badan awam, semasa kenderaan itu digunakan bagi maksud mana-mana
Kerajaan, Perbandaran atau pihak berkuasa tempatan lain atau badan awam yang mempunyai kenderaan tersebut;
(b)
bagi mana-mana kenderaan motor pada bila-bila masa kenderaan itu dipandu bagi kegunaan polis oleh atau di bawah arahan seseorang pegawai polis; atau semasa dalam perjalanan ke mana-mana atau dari mana-mana tempat yang diusahakan bagi maksud pensalvajan menurut Bahagian X Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
[Ord. No. 70 tahun 1952];
(c)
bagi apa-apa kenderaan motor pada bila-bila masa kenderaan itu dipandu oleh atau di bawah arahan seseorang pegawai pengangkutan jalan bagi maksud pemeriksaan atau ujian mekanisme kenderaan motor atau ujian kebolehan seseorang untuk mengawal atau memandu kenderaan motor berkaitan dengan suatu permohonan untuk mendapatkan lesen untuk memandu kenderaan motor; atau
(d)
bagi kenderaan motor yang pemunya berdaftarnya telah mendepositkan dengan Akauntan Negara jumlah wang sebanyak seratus dua puluh lima ribu ringgit, pada bila-bila masa kenderaan itu dipandu oleh pemunya berdaftar itu atau oleh pekhidmatnya dalam perjalanan pekerjaannya, atau selainnya tertakluk di bawah kawalan pemunya berdaftar itu.
Kehendak berkenaan dengan polisi