Malaysia legislation
Section 91
Seksyen 91
(a)
dikeluarkan oleh seseorang penanggung insurans dibenarkan dalam erti Bahagian ini; dan
(b)
menginsuranskan bagi seseorang atau kumpulan orang sebagaimana dinyatakan dalam polisi itu berkenaan
168 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
dengan apa-apa liabiliti yang ditanggung olehnya atau oleh mereka berkenaan dengan kematian atau kecederaan tubuh badan terhadap mana-mana orang yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada penggunaan kenderaan motor itu atau perkakas tanah yang ditarik olehnya di jalan:
Dengan syarat bahawa polisi itu tidak dikehendaki melindungi—
(aa) liabiliti berkenaan dengan kematian akibat daripada dan dalam perjalanan pekerjaan seseorang yang bekerja dengan orang yang diinsuranskan oleh polisi itu atau kecederaan tubuh badan yang dialami oleh orang itu akibat daripada dan dalam perjalanan pekerjaannya; atau
(bb) kecuali dalam hal kenderaan motor yang membawa penumpang untuk sewa atau upah atau disebabkan oleh atau menurut suatu kontrak pekerjaan, liabiliti berkenaan dengan kematian atau kecederaan tubuh badan yang dialami oleh orang yang dibawa di dalam atau di atas kenderaan itu atau yang memasuki atau menaiki atau turun daripadanya semasa berlakunya kejadian itu yang menyebabkan timbulnya tuntutan tersebut; atau
(cc)
apa-apa liabiliti kontraktual.
(2)
Jika apa-apa pembayaran dibuat (sama ada dengan apa-apa pengakuan liabiliti atau tidak) oleh—
(i)
seorang penanggung insurans yang dibenarkan di bawah atau akibat daripada polisi yang dikeluarkan di bawah
Akta ini;
(ii)
pemunya kenderaan motor yang berhubungan dengan penggunaannya ada berkuat kuasa suatu jaminan di bawah seksyen 93; atau
(iii)
pemunya kenderaan motor yang telah membayar deposit di bawah perenggan 90(5)(d),
Pengangkutan Jalan 169
berkenaan dengan kematian atau kecederaan tubuh badan yang dialami oleh mana-mana orang akibat daripada penggunaan kenderaan motor di jalan, dan orang yang telah mati sedemikian atau telah mengalami kecederaan tubuh badan itu, sepanjang pengetahuan penanggung insurans yang dibenarkan itu atau pemunya tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah menerima rawatan di hospital, sama ada sebagai pesakit dalam atau pesakit luar, berkenaan dengan kecederaan yang berlaku itu, maka penanggung insurans yang dibenarkan itu atau pemunya tersebut hendaklah juga membayar kepada hospital itu perbelanjaan yang semunasabahnya ditanggung oleh hospital tersebut dalam memberi rawatan sedemikian, selepas menolak daripada perbelanjaan itu apa-apa wang yang benar-benar diterima oleh hospital itu sebagai bayaran bagi caj tertentu untuk rawatan sedemikian:
Dengan syarat bahawa amaun yang dibayar oleh penanggung insurans yang dibenarkan itu atau pemunya tersebut tidak boleh melebihi empat ratus ringgit bagi setiap orang yang dirawat sebagai pesakit dalam atau sebanyak empat puluh ringgit bagi setiap orang yang dirawat sebagai pesakit luar.
(b)
Bagi maksud subseksyen ini, ungkapan “hospital” ertinya sesuatu institusi (yang bukannya suatu institusi yang dikendalikan untuk mendapatkan untung) yang memberi rawatan perubatan atau pembedahan kepada pesakit dalam dan ungkapan “perbelanjaan yang semunasabahnya ditanggung” ertinya—
(i)
berhubungan dengan seseorang yang menerima rawatan di hospital sebagai pesakit dalam, amaun bagi setiap hari yang orang itu dijaga di hospital itu yang merupakan kos harian purata bagi setiap pesakit dalam untuk penyenggaraan hospital dan kakitangannya dan penjagaan dan rawatan pesakit dalam di hospital itu; dengan syarat bahawa berkenaan dengan hospital Kerajaan yang mengambil masuk pesakit yang dikenakan bayaran,
“perbelanjaan yang semunasabahnya ditanggung” ertinya amaun yang boleh dikenakan kepada orang awam, dalam wad daripada kelas yang dimasuki oleh pesakit yang menerima rawatan itu, mengikut skala fi yang dari semasa ke semasa itu berkuat kuasa di hospital tersebut; dan 170 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(ii)
berhubungan dengan seseorang yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital, perbelanjaan munasabah yang sebenarnya ditanggung.
(3)
Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang mengeluarkan polisi insurans di bawah seksyen ini hendaklah berliabiliti menanggung rugi orang atau kumpulan orang yang dinyatakan dalam polisi itu berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang berupa sebagai dilindungi oleh polisi itu dalam hal orang atau kumpulan orang itu.
(4)
Sesuatu polisi tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa bagi maksud
Bahagian ini melainkan dan sehingga penanggung insurans menyerahkan kepada orang yang melaksanakan polisi itu suatu perakuan (yang dalam Akta ini disebut ”perakuan insurans“) mengikut borang yang ditetapkan dan mengandungi apa-apa butiran mengenai apa-apa syarat yang tertakluk kepadanya polisi itu dikeluarkan dan mengenai apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditetapkan, dan borang yang berlainan serta butir-butir yang berlainan boleh ditetapkan berhubungan dengan hal-hal atau hal keadaan yang berlainan.
Pemberian penyata dan maklumat oleh penanggung insurans