Malaysia legislation

Section 93

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 93

Kehendak berkenaan dengan jaminan

(a)

diberi oleh penanggung insurans dibenarkan atau oleh sesuatu kumpulan orang yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, yang menjalankan perniagaan memberi jaminan daripada jenis seumpamanya di Malaysia; dan

Pengangkutan Jalan 171

(b)

mengandungi suatu aku janji oleh pemberi jaminan itu untuk membayar balik, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan di dalamnya dan hingga ke suatu amaun, dalam hal suatu aku janji berhubungan dengan penggunaan kenderaan perkhidmatan awam, yang tidak kurang daripada dua ratus dua puluh lima ribu ringgit, dan dalam mana-mana hal lain, tidak kurang daripada empat puluh ribu ringgit, apa-apa kegagalan oleh pemunya kenderaan itu atau mana-mana orang atau kumpulan orang yang dinyatakan dalam jaminan itu untuk melaksanakan apa-apa liabiliti yang dikehendaki diliputi oleh polisi insurans di bawah seksyen 91 yang boleh ditanggung olehnya atau oleh mereka.

(2)

Sesuatu jaminan tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa bagi maksud Bahagian ini melainkan orang yang memberi sekuriti itu telah mengeluarkan kepada orang yang diberikan jaminan tersebut suatu perakuan (yang dalam Akta ini disebut “perakuan jaminan”)

dalam borang yang ditetapkan dan mengandungi apa-apa butir mengenai apa-apa syarat yang tertakluk kepadanya jaminan itu dikeluarkan dan mengenai apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditetapkan, dan borang yang berlainan serta butir-butir yang berlainan boleh ditetapkan bagi hal atau hal keadaan yang berlainan.

Syarat tertentu dalam polisi atau jaminan tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa

Section 93 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my