Malaysia legislation
Section 94
Seksyen 94
Apa-apa syarat dalam sesuatu polisi atau jaminan yang dikeluarkan atau diberi bagi maksud
Bahagian ini yang memperuntukkan bahawa tiada apa-apa liabiliti akan timbul di bawah polisi atau jaminan itu atau bahawa apa-apa liabiliti yang timbul sedemikian akan terhenti sekiranya sesuatu benda tertentu dilakukan atau tidak dilakukan selepas berlakunya kejadian yang menimbulkan sesuatu tuntutan di bawah polisi atau jaminan itu tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa berkaitan dengan tuntutan itu sebagaimana disebutkan dalam perenggan 91(1)(b):
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh dikira menjadikan tidak sah apa-apa peruntukan dalam sesuatu polisi atau jaminan yang menghendaki orang yang diinsuranskan atau dijamin itu
172 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
membayar balik kepada penanggung insurans atau pemberi jaminan itu apa-apa jumlah wang yang orang yang kemudian mungkin berliabiliti untuk membayar di bawah polisi atau jaminan tersebut dan yang telah digunakan untuk memenuhi tuntutan pihak ketiga.