Malaysia legislation
Section 95
Seksyen 95
Pengelakan pengehadan ke atas bidang polisi risiko pihak ketiga
Jika sesuatu perakuan insurans telah diserahkan di bawah subseksyen 91(4) kepada orang yang telah melaksanakan sesuatu polisi, sekian banyak daripada polisi itu yang berupa sebagai mengehadkan insurans orang yang diinsuranskan itu dengan merujuk kepada mana-mana perkara yang berikut:
(a)
umur atau keadaan jasmani atau mental orang yang memandu kenderaan itu;
(b)
keadaan kenderaan motor itu;
(c)
bilangan orang yang dibawa dalam kenderaan motor itu;
(d)
beratnya atau ciri-ciri fizikal barang-barang yang diangkut oleh kenderaan motor itu;
(e)
masa apabila atau kawasan dalam mana kenderaan motor itu digunakan;
(f)
kuasa kuda atau nilai kenderaan motor itu;
(g)
apa-apa alat tertentu yang dibawa dalam kenderaan motor itu;
(h)
apa-apa cara pengenalan tertentu yang dibawa dalam kenderaan motor itu selain apa-apa cara pengenalan yang dikehendaki dibawa di bawah Bahagian II;
(i)
pemandu kenderaan motor itu semasa berlakunya kemalangan itu yang berada di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah;
Pengangkutan Jalan 173
(j)
pemandu kenderaan motor itu semasa berlakunya kemalangan itu tidak mempunyai lesen untuk memandu atau tidak mempunyai lesen untuk memandu kenderaan motor tertentu itu;
(k)
kenderaan motor itu digunakan bagi sesuatu maksud selain maksud yang dinyatakan dalam polisi itu, hendaklah, berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang dikehendaki dilindungi oleh sesuatu polisi di bawah perenggan 91(1)(b), tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghendaki seseorang penanggung insurans membayar apa-apa jumlah wang berkenaan dengan liabiliti mana-mana orang selain bagi atau terhadap pelepasan liabiliti itu, dan apa-apa jumlah wang yang dibayar oleh seseorang penanggung insurans bagi atau terhadap pelepasan apa-apa liabiliti mana-mana orang yang dilindungi oleh polisi itu menurut kuasa seksyen ini boleh didapatkan kembali oleh penanggung insurans itu daripada orang tersebut.
Kewajipan penanggung insurans untuk menunaikan hukuman terhadap orang yang mengambil insurans berkenaan dengan risiko pihak ketiga