Malaysia legislation
Section 96
Seksyen 96
Jika, setelah suatu perakuan insurans diserahkan di bawah subseksyen 91(4) kepada orang yang kepadanya sesuatu polisi telah dikuatkuasakan, penghakiman berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang dikehendaki dilindungi oleh sesuatu polisi di bawah perenggan 91(1)(b) (iaitu liabiliti yang dilindungi oleh terma polisi itu) diberi terhadap mana-mana orang yang diinsuranskan oleh polisi itu, maka walau apa pun penanggung insurans berhak mengelak atau membatalkan, atau telah pun mengelak atau membatalkan polisi itu, penanggung insurans tersebut hendaklah, tertakluk kepada seksyen ini, membayar kepada orang yang berhak mendapat faedah penghakiman itu, apa-apa jumlah wang yang kena bayar di bawah polisi itu berkenaan dengan liabiliti tersebut, termasuk apa-apa amaun yang kena dibayar berkenaan dengan kos dan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar berkenaan dengan bunga bagi jumlah wang itu
174 Undang-Undang Malaysia AKTA 333