Malaysia legislation

Section 97

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 97

(a)

sekiranya pengambil insurans menjadi bankrap atau membuat suatu komposisi atau perkiraan dengan pemiutangnya; atau

(b)

dalam hal pengambil insurans itu adalah suatu, syarikat, sekiranya suatu perintah penggulungan dibuat atau suatu ketetapan untuk penggulungan sukarela diluluskan terhadap syarikat itu atau jika seorang penerima atau pengurus dilantik bagi perniagaan atau pengusahaan syarikat itu atau jika milikan diambil oleh atau bagi pihak pemegang apa-apa debentur yang dijamin oleh suatu gadaian terapung atas apa-apa harta yang terkandung di dalam atau tertakluk kepada gadaian itu, jika sebelum atau selepas kejadian itu apa-apa liabiliti seperti yang tersebut dahulu ditanggung oleh pengambil insurans maka haknya terhadap penanggung insurans di bawah polisi itu berkenaan dengan liabiliti tersebut hendaklah, walau apa pun yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, berpindah dan terletak hak pada pihak ketiga yang padanya liabiliti itu telah ditanggung.

(2)

Jika suatu perintah dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan bagi pentadbiran dalam kebankrapan harta pusaka seseorang penghutang yang telah mati maka jika apa-apa hutang yang boleh dibuktikan dalam kebankrapan masih belum dibayar oleh simati berkenaan dengan suatu liabiliti yang terhadapnya dia telah diinsuranskan di bawah suatu polisi yang

Pengangkutan Jalan 177

dikeluarkan bagi maksud Bahagian ini sebagai suatu liabiliti terhadap pihak ketiga, hak penghutang yang telah mati itu terhadap penanggung insurans di bawah polisi itu berkenaan dengan liabiliti tersebut hendaklah, walau apa pun yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang, berpindah dan terletak hak pada orang yang hutangnya masih belum dibayar itu.

(3)

Apa-apa syarat dalam suatu polisi yang dikeluarkan bagi maksud Bahagian ini yang secara langsung atau tidak langsung berupa sebagai hendak mengelakkan polisi itu atau hendak mengubahkan hak pihak di bawah polisi tersebut apabila berlakunya apa-apa kejadian yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau (b)

kepada pengambil insurans atau apabila suatu perintah dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan mengenai pusakanya hendaklah tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa.

(4)

Apabila hak dipindahkan di bawah subseksyen (1) atau (2), penanggung insurans hendaklah, tertakluk kepada seksyen 99, mempunyai liabiliti yang sama terhadap pihak ketiga itu sebagaimana dia sepatutnya mempunyai liabiliti terhadap pengambil insurans tersebut tetapi—

(a)

jika liabiliti penanggung insurans terhadap pengambil insurans lebih daripada liabiliti pengambil insurans terhadap pihak ketiga itu, tiada apa pun dalam Akta ini boleh menjejaskan hak pengambil insurans terhadap penanggung insurans mengenai lebihan itu; dan

(b)

jika liabiliti penanggung insurans itu terhadap pengambil insurans kurang daripada liabiliti penanggung insurans terhadap pihak ketiga tersebut, tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menjejaskan hak-hak pihak ketiga itu terhadap pengambil insurans mengenai baki itu.

(5)

Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 98 dan 99, ungkapan

“liabiliti terhadap pihak ketiga” berhubungan dengan seseorang yang diinsuranskan di bawah apa-apa polisi insurans tidak meliputi apa-apa liabiliti orang itu atas sifat penanggung insurans di bawah apa-apa polisi insurans yang lain.

178 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(6)

Seksyen ini dan seksyen 98 dan 99 tidak terpakai—

(a)

jika sesuatu syarikat digulung dengan sukarela semata-mata bagi maksud pembentukan semula atau penyatuan dengan syarikat lain; atau

(b)

bagi apa-apa hal yang subseksyen 21(1) dan (2) Akta

Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273] terpakai.

Kewajipan untuk memberi maklumat yang perlu kepada pihak ketiga