Malaysia legislation
Section 99
Seksyen 99
Jika seseorang yang diinsuranskan di bawah suatu polisi yang dikeluarkan bagi maksud di Bahagian ini telah menjadi bankrap atau jika, dalam hal orang yang diinsuranskan itu suatu syarikat, suatu perintah penggulungan telah dibuat atau suatu ketetapan untuk
180 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
penggulungan sukarela telah diluluskan berkenaan dengan syarikat itu, tiada apa-apa perjanjian yang dibuat di antara penanggung insurans dan pengambil insurans setelah liabiliti dipertanggungkan terhadap pihak ketiga dan setelah bermulanya kebankrapan atau penggulungan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, juga tiada apa-apa penepian, penyerahakan atau pelupusan lain yang dibuat oleh, atau pembayaran yang dibuat kepada, penanggung insurans selepas bermulanya kebankrapan atau penggulungan yang tersebut dahulu boleh berkuat kuasa menggagal atau menjejaskan hak yang berpindah kepada pihak ketiga di bawah Akta ini, tetapi hak itu hendaklah sama seolah-olah tiada apa-apa perjanjian, pengetepian, penyerahakan, pelupusan atau pembayaran telah dibuat.