Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Semua daftar dan rekod dan dokumen lain yang disimpan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa yang berhubungan dengan pemberian atau penolakan lesen untuk membawa barangan atau penumpang sebelum berkuat kuasanya Akta ini hendaklah diberi oleh orang atau pihak berkuasa itu kepada Lembaga apabila diminta oleh Lembaga dan orang atau pihak berkuasa tersebut hendaklah membekalkan Lembaga dengan apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan perkara tersebut di atas sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.