Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Selain apa-apa maklumat yang dikehendaki supaya diberikan di bawah Akta ini, pemohon hendaklah memberi Lembaga maklumat yang berikut yang dikehendaki bagi melaksanakan fungsinya berhubungan dengan permohonan itu:
(a)
maklumat lengkap tentang butir-butir laluan yang berhubungan dengan permohonan itu;
(b)
surat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan yang relevan berkenaan dengan penggunaan kemudahan
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
perhentian atau terminal di dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan tempat laluan itu terletak;
(c)
satu laporan kewajaran bagi laluan itu; dan
(d)
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.
(3)
Lembaga boleh menolak daripada mendaftarkan, meneruskan atau mendengar atau menentukan sesuatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula atau sebagai gantinya suatu permohonan yang baru dikemukakan jika—
(a)
borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan itu tidak disempurnakan dengan sepatutnya disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihalan;
(b)
borang permohonan itu mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan; atau
(c)
permohonan itu tidak mematuhi apa-apa keperluan lain yang ditetapkan.
Kuasa Lembaga