Malaysia legislation

Section 26A

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 26A

Pelesenan perniagaan pengantaraan

(2)

Sesuatu permohonan bagi suatu lesen perniagaan pengantaraan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Lembaga.

(3)

Pemohon hendaklah memberi Lembaga maklumat yang lengkap tentang kedudukan kewangannya untuk membuktikan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 39

keupayaannya untuk menyenggara dan mengendalikan perniagaan pengantaraan.

(4)

Tertakluk pada Akta ini, Lembaga boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi lesen perniagaan pengantaraan di bawah seksyen ini—

(a)

meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh

Lembaga, dan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan lesen perniagaan pengantaraan kepada pemohon; atau

(b)

menolak permohonan itu.

(5)

Tiap-tiap lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan

Lembaga boleh mengenakan syarat pada lesen perniagaan pengantaraan itu yang termasuk—

(a)

jenis dan takat perniagaan pengantaraan yang akan dikendalikan atau disediakan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan;

(b)

tahap am perkhidmatan yang hendak disediakan kepada orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan;

(c)

langkah untuk melindungi keselamatan dan sekuriti orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan pengantaraan; dan

(d)

standard prestasi yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan dalam mengendalikan perniagaan pengantaraan.

(6)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(7)

Pengeluaran suatu lesen perniagaan pengantaraan oleh

Lembaga di bawah subseksyen (4) tidak boleh mengenakan apa-apa tanggungan pada Lembaga bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pemegang lesen perniagaan pengantaraan.

(8)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(9)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pembaharuan lesen

Section 26A — COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987