Malaysia legislation
Section 26D
Seksyen 26D
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam budi bicaranya—
(a)
jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen perniagaan pengantaraan tidak dipatuhi;
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
(b)
jika pengeluaran lesen perniagaan pengantaraan itu didorong oleh suatu representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu; atau
(c)
sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan menyediakan perniagaan pengantaraan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu:
Dengan syarat bahawa Lembaga—
(A)
dalam hal perenggan (a), boleh sebagai ganti pembatalan atau penggantungan lesen perniagaan pengantaraan melantik suatu pihak ketiga untuk membetulkan ketidakpatuhan itu dan mendapatkan semula kos pembetulan itu daripada pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu;
(B)
dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen perniagaan pengantaraan di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen perniagaan pengantaraan itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen perniagaan pengantaraan itu patut dibatalkan atau digantung; atau
(C)
dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b) atau (c), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen perniagaan pengantaraan itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 43
representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen perniagaan pengantaraan itu patut dibatalkan atau digantung.
(2)
Jika suatu lesen perniagaan pengantaraan—
(a)
telah dibatalkan, lesen perniagaan pengantaraan itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen perniagaan pengantaraan itu mengembalikan lesen perniagaan pengantaraan itu kepada Lembaga; atau
(b)
telah digantung, pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berterusan mengendalikan atau menyediakan suatu perniagaan pengantaraan dalam tempoh penggantungan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pemindahan lesen dilarang