Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(2)
Seksyen ini tidak terpakai—
(a)
bagi penggunaan kenderaan perkhidmatan awam menurut suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini apabila digunakan oleh pemegang lesen itu menurut lesen tersebut dan apa-apa syarat yang dikenakan padanya;
(b)
bagi penggunaan kenderaan motor bagi maksud pengebumian;
(c)
bagi penggunaan kenderaan motor bagi maksud polis, bomba atau ambulans;
(d)
bagi penggunaan kenderaan motor bagi menunda kenderaan motor yang rosak dari sesuatu jalan ke suatu tempat yang selamat atau bagi memindahkan barangan daripada kenderaan motor yang rosak dan memindahkannya ke tempat yang selamat;
(e)
bagi penggunaan kenderaan motor bagi apa-apa maksud tertentu atau penggunaan sesuatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau perihalan, apabila kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini memperuntukkan bahawa penggunaan sedemikian tidak tertakluk pada seksyen ini;
(f)
bagi penggunaan kenderaan motor bagi maksud Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan apabila kenderaan itu dipunyai oleh Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan itu;
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 51
(g)
bagi penggunaan kenderaan motor yang berkenaan dengannya semua syarat berikut dipenuhi:
(i)
kenderaan itu ialah kenderaan barangan;
(ii)
berat dengan muatan maksimum dibenarkan bagi kenderaan itu tidak melebihi apa-apa berat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa;
(iii)
kenderaan itu didaftarkan sebagai kenderaan barangan;
(iv)
fi lesen kenderaan motor yang ditetapkan yang kena dibayar berkenaan dengan kenderaan itu sebagai kenderaan barangan telahpun dibayar dan lesen kenderaan motor yang dikeluarkan hasil daripada bayaran itu masih berkuat kuasa; dan
(v)
kenderaan itu digunakan oleh pemunyanya semata-mata untuk membawa barangan untuk atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan oleh pemunya itu, dengan syarat bahawa dia tidak menggunakan kenderaan itu untuk membawa barangan untuk sewa atau upah selain barangan yang dijual dan diserah hantar olehnya dalam hal di mana, menurut suatu kontrak penjualan, bayaran dikenakan bagi penyerahhantaran barangan itu; dan
(h)
bagi kenderaan p-hailing.
Penggunaan kenderaan barangan untuk membawa penumpang hendaklah dilesenkan