Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 35

Tertakluk pada Akta ini, tiada seorang pun boleh menggunakan kenderaan barangan atau menyebabkan atau membenarkan sesuatu kenderaan barangan digunakan untuk membawa penumpang melainkan jika ada berkuat kuasa suatu lesen pembawa yang diberi di bawah Akta ini yang membenarkan penggunaan sedemikian, atau

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

dengan cara lain daripada yang dibenarkan oleh lesen itu dan apa-apa syarat yang dikenakan padanya, dan jika dia berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.