Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah didedahkan oleh pemohon
(a)
apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan lain yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai oleh pemohon dalam perniagaan mana-mana orang atau syarikat lain yang mengadakan kemudahan untuk membawa penumpang atau barangan di dalam Malaysia;
(c)
apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaan pemohon itu, dan dalam hal pemohon itu adalah suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu.
(2)
Jika pemohon gagal mendedahkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), atau membekalkan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 53
Maklumat yang dikehendaki oleh Lembaga dari pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan