Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(a)
mengenai apa-apa perjanjian atau perkiraan yang menyentuh dalam apa-apa hal material penyediaan kemudahan mengangkut penumpang atau barangan untuk sewa atau upah yang dibuat olehnya dengan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan tersebut, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b)
mengenai apa-apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaan pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu dan jika pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu adalah suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu;
(c)
mengenai apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemegang lesen atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan untuk mengangkut penumpang atau barangan untuk sewa atau upah di dalam Malaysia.
(2)
Jika mana-mana orang dalam masa yang ditetapkan enggan atau gagal membekalkan apa-apa maklumat yang dia dikehendaki bekalkan di bawah seksyen ini atau membekalkan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul dalam apa-apa hal dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
Pengubahan kenderaan dibenarkan