Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 43

(2)

Kecuali jika diperuntukkan selainnya oleh Akta ini, apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh pekhidmat, ejen atau pekongsi pemunya berdaftar hendaklah disifatkan sebagai perbuatan atau peninggalan pemunya itu bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil semua langkah dan tindakan pengawasan yang munasabah untuk mencegah perbuatan atau peninggalan itu.

(3)

Sekiranya apa-apa perbuatan atau peninggalan dilakukan oleh pekhidmat, ejen atau pekongsi pemunya berdaftar yang boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika dilakukan oleh pemunya berdaftar, maka pekhidmat, ejen atau pekongsi itu adalah juga melakukan kesalahan tersebut.

(4)

Jika pemunya berdaftar adalah suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya pertubuhan perbadanan itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya, dan bahawa dia telah berusaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana dia sepatutnya lakukan dengan memberi perhatian terhadap jenis fungsinya dan kepada segala hal keadaan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan