Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 51

(2)

Jika mana-mana kenderaan motor telah disita di bawah subseksyen (1), pegawai pengangkutan jalan atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, menurut budi bicaranya, mengembalikan buat sementara kenderaan tersebut kepada pemunyanya, atas jaminan yang memuaskan hati pegawai tersebut bahawa kenderaan itu akan diserah balik kepadanya apabila dituntut.

(3)

Suatu perintah bagi melucut hak atau melepaskan mana-mana kenderaan yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenai perlucuthakan atau pelepasan itu telah diadakan, dan suatu perintah bagi melucuthakkan kenderaan tersebut hendaklah dibuat jika ia dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap subseksyen 19(3), perenggan 20(1)(b), seksyen 33 atau 34

telah dilakukan dan bahawa kenderaan motor itu adalah hal perkara kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan tersebut.

(4)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan motor yang telah disita di bawah subseksyen (1), kenderaan motor tersebut hendaklah dilepaskan apabila habisnya tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan ia telah dilepaskan terlebih dahulu.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 69

Penahanan kenderaan