Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Menteri hendaklah, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu atau dikehendaki dan setelah berunding dengan
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan dan Kerajaan Negeri atau Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menetapkan bilangan mana-mana kelas kenderaan perkhidmatan awam yang difikirkannya patut dibenarkan untuk digunakan untuk memenuhi keperluan yang munasabah bagi orang yang memerlukan penggunaan kenderaan tersebut.