Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987

Seksyen 5

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah hendaklah terdiri daripada anggota berikut yang akan dilantik oleh Menteri:

(a)

Pengerusi;

(aa) Timbalan Pengerusi;

(b)

seorang wakil Kementerian Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;

(c)

seorang wakil Jabatan Pengangkutan Jalan;

(d)

seorang wakil

Kementerian

Persekutuan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan yang hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga; dan

(e)

tidak lebih daripada enam orang yang pada pendapat Menteri mempunyai pengalaman luas atau pengetahuan khas mengenai perkara yang berhubungan dengan pengangkutan.

Keanggotaan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak

Section 5 — COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD ACT 1987