Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 10

(a)

bahawa dia bukan orang kenaan;

(b)

bahawa segala atau mana-mana harta yang dinyatakan dalam permohonan Pendakwa Raya bukan harta yang menyalahi undang-undang; atau

(c)

bahawa dia bukan pemegang segala atau mana-mana harta sedemikian yang dinyatakan dalam permohonan

Pendakwa Raya.

(2)

Pendakwa Raya berhak—

(a)

memeriksa balas orang yang terjejas itu atau mana-mana saksi lain yang dikemukakannya;

(b)

jika orang terjejas itu sendiri tidak memberi keterangan sebagai saksi, memeriksa orang terjejas itu atas sumpah atau ikrar berkenaan dengan apa-apa perkara yang relevan dengan permohonan itu; dan

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 31

(c)

mengemukakan keterangan saksi bagi mematahkan keterangan yang dikemukakan oleh atau bagi pihak orang terjejas itu.

(3)

Jika pada pendengaran notis menunjukkan sebab di bawah subseksyen 9 (1) Pendakwa Raya memuaskan hati Mahkamah bahawa notis menunjukkan sebab itu tidak dapat disampaikan kepada orang yang terhadapnya notis itu dikeluarkan kerana dia tidak dapat dikesan atau dia telah melarikan diri atau dia berada di luar Malaysia dan tidak boleh dipaksa hadir di hadapan

Mahkamah, atau jika pada bila-bila masa di sepanjang prosiding di bawah seksyen ini orang terjejas itu tidak menghadiri prosiding itu selepas notis menunjukkan sebab tersebut disampaikan kepadanya, prosiding itu hendaklah diteruskan sehingga selesai dengan muktamadnya tanpa kehadirannya.

(4)

Mahkamah hendaklah, di akhir prosiding di bawah subseksyen (1) dan (2), merekodkan dapatan—

(a)

sama ada orang terjejas itu ialah seorang orang kenaan;

(b)

sama ada segala atau mana-mana harta yang dinyatakan dalam permohonan Pendakwa Raya ialah harta yang menyalahi undang-undang; dan

(c)

sama ada orang yang terjejas itu ialah pemegang segala atau mana-mana harta yang menyalahi undang-undang sedemikian.

(5)

Jika Mahkamah merekodkan dapatan di bawah subseksyen

(4)

yang bermaksud bahawa orang terjejas itu ialah seorang orang kenaan, bahawa segala atau mana-mana harta yang dinyatakan dalam permohonan Pendakwa Raya ialah harta yang menyalahi undang-undang dan bahawa orang terjejas itu ialah pemegang harta yang menyalahi undang-undang sedemikian, ia hendaklah memerintahkan supaya harta itu, tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, dilucuthakkan.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(6)

Jika Mahkamah mendapati bahawa segala atau mana-mana harta yang dinyatakan dalam permohonan Pendakwa Raya ialah harta yang menyalahi undang-undang tetapi bahawa orang terjejas itu bukan pemegang harta itu, tidak kira sama ada atau tidak Mahkamah mendapati orang terjejas itu ialah seorang orang kenaan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya harta itu dilucuthakkan, melainkan jika seorang yang lain menuntut bahawa dia berhak menurut undang-undang ke atas harta itu sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga atau jika Pendakwa

Raya memberitahu Mahkamah bahawa dia bercadang hendak membuat suatu permohonan baru berkenaan dengan harta yang menyalahi undang-undang sedemikian terhadap seorang orang kenaan selain daripada orang terjejas itu.

(7)

Jika seseorang yang lain menuntut di bawah subseksyen (6)

bahawa dia berhak menurut undang-undang ke atas harta yang menyalahi undang-undang itu sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga, Mahkamah hendaklah terus menimbangkan tuntutan itu, dan jika, selepas memberikan peluang kepada

Pendakwa Raya untuk mematahkan tuntutan itu, Mahkamah berpuas hati bahawa orang itu bukanlah pembeli suci hati harta itu dengan balasan berharga, ia hendaklah memerintahkan supaya harta itu dilucuthakkan.

Pelucuthakan jenis harta yang tertentu

Section 10 — DANGEROUS DRUGS (FORFEITURE OF PROPERTY) ACT 1988