Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 11

(a)

tidak dapat diketahui tempat letaknya atau dikesan;

(b)

telah dilupuskan kepada seorang pembeli suci hati dengan balasan berharga;

(c)

telah dipindahkan dari Malaysia;

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 33

(d)

berada di luar Malaysia;

(e)

telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat diasingkan atau dibahagikan tanpa menyebabkan kesulitan; atau

(f)

telah susut nilainya,

Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya mana-mana harta lain kepunyaan orang terjejas itu dilucuthakkan senilai dengan nilai mana-mana harta yang disebutkan dalam perenggan (a), (c),

(d)

atau (e), atau, dalam hal harta yang disebutkan dalam perenggan (b) atau (f), setakat pelupusan itu atau setakat yang ia telah susut nilainya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika tiada lagi harta lain untuk dilucuthakkan, atau jika nilai bagi harta lain yang diperintahkan supaya dilucuthakkan itu adalah kurang daripada nilai harta yang pada mulanya diperintahkan supaya dilucuthakkan, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya dilucuthakkan suatu amaun yang sama banyaknya dengan nilai penuh harta yang pada mulanya diperintahkan supaya dilucuthakkan itu, atau dengan nilai penuh itu ditolak nilai bagi harta lain yang diperintahkan supaya dilucuthakkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika orang itu tidak membayar amaun itu dalam tempoh, yang tidak melebihi tiga puluh hari dari tarikh perintah itu, yang diarahkan oleh Mahkamah, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh tahun.

(2)

Jika orang yang berkenaan dengan hartanya suatu perintah pelucuthakan di bawah seksyen 10 telah dibuat mati sebelum perintah itu dibuat atau mati selepas perintah itu dibuat dan subseksyen (1) terpakai berkenaan dengan mana-mana harta yang dilucuthakkan sedemikian, subseksyen tersebut hendaklah berkuat kuasa terhadap harta pusaka si mati itu mengikut cara yang sama seperti ia sepatutnya berkuat kuasa terhadapnya dan hartanya:

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

Dengan syarat bahawa tiada perintah bagi pembayaran sesuatu amaun boleh dibuat terhadap wakil diri harta pusaka si mati atau mana-mana benefisiari si mati itu jika tiada harta pusaka si mati yang boleh didapati untuk dilucuthakkan atau untuk membayar amaun sedemikian.

(3)

(a)

Bagi maksud seksyen ini, nilai apa-apa harta ialah nilai pasarannya pada tarikh perintah di bawah subseksyen 10(5)

dibuat atau nilai yang ditentukan oleh seseorang yang mempunyai daya pengetahuan khas berkenaan dengan harta itu.

(b)

Sekiranya berlaku apa-apa pertikaian mengenai nilai apa-apa harta, mahkamah hendaklah memutuskan nilai itu selepas mendengar representasi daripada orang terjejas itu dan

Pendakwa Raya.

Urus niaga tertentu menjadi terbatal dan tidak sah

Section 11 — DANGEROUS DRUGS (FORFEITURE OF PROPERTY) ACT 1988