Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 13

(2)

Jika orang terjejas mati sebelum selesainya mana-mana prosiding di bawah Bahagian ini, tetapi selepas pengeluaran notis terhadapnya di bawah subseksyen 9(1), prosiding itu hendaklah diteruskan terhadap wakil diri orang kenaan yang mati itu atau, jika tidak ada wakil diri sedemikian, terhadap benefisiari atau benefisiari-

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

benefisiari harta pusaka orang kenaan yang mati itu yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi atas permohonan Pendakwa Raya, dan selepas Mahkamah Tinggi telah memberikan peluang kepada benefisiari atau benefisiari-benefisiari itu untuk didengar dalam perkara itu.

(3)

Jika pada bila-bila masa selepas apa-apa penentuan benefisiari atau benefisiari-benefisiari telah dibuat oleh Mahkamah

Sesyen di bawah perenggan 7(1)(e) atau oleh Mahkamah Tinggi oleh subseksyen 9(4) dan subseksyen (2), perwakilan bagi harta pusaka si mati telah dikeluarkan dengan sempurnanya, Pendakwa Raya hendaklah memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya benefisiari atau benefisiari-benefisiari tersebut digantikan dengan wakil diri, dan

Mahkamah Tinggi hendaklah memerintahkan dengan sewajarnya selepas memberikan peluang untuk didengar kepada benefisiari atau benefisiari-benefisiari tersebut dan wakil diri tersebut, dan semasa membuat apa-apa perintah sedemikian Mahkamah Tinggi boleh memberikan segala arahan yang bersifat peralihan, sampingan atau dampingan, atau yang difikirkan perlu oleh Mahkamah Tinggi.

Prosiding di bawah Bahagian ini adalah di dalam bidang kuasa jenayah Mahkamah Tinggi

Section 13 — DANGEROUS DRUGS (FORFEITURE OF PROPERTY) ACT 1988