Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 15

(2)

Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran—

(a)

mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki olehnya telah melakukan atau adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai olehnya ialah orang kenaan di bawah perenggan 7(1)(a);

atau

(c)

tanpa menjejaskan perenggan (b), mana-mana orang yang terhadapnya Pendakwa Raya bercadang hendak membuat permohonan di bawah seksyen 8 dan telah memberitahu cadangannya itu secara bertulis kepada seorang pegawai polis.

(3)

Jika seseorang yang ditangkap di bawah subseksyen (2)

sedang menjalani pemenjaraan, atau berada dalam tahanan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, atau bagaimana jua pun selainnya berada dalam jagaan yang sah, dia hendaklah, atas suatu perintah bertulis oleh seorang pegawai kanan polis, dibawa ke hadapan pegawai kanan polis itu atau ke hadapan mana-mana pegawai kanan polis lain di tempat yang dinyatakan dalam perintah itu bagi maksud penyiasatan ke atas perkara yang berkenaan dengannya dia boleh ditangkap di bawah subseksyen (2), dan bagi maksud itu dia boleh ditahan dalam jagaan polis selama tempoh tidak melebihi empat belas hari; dan semasa dalam jagaan sedemikian orang itu hendaklah disifatkan terus menjalani tempoh pemenjaraan atau tahanannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Seseorang yang ditangkap di bawah subseksyen (2)

hendaklah diberitahu akan peruntukan subseksyen (2) yang di bawahnya dia ditangkap, dan, kecuali dalam hal yang termasuk di bawah subseksyen (3), hendaklah dalam masa dua puluh empat jam

(tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan Majistret, dan tidak boleh ditahan selanjutnya tanpa perintah daripada Majistret.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(5)

Majistret boleh membuat perintah untuk menahan dalam jagaan polis orang yang dibawa ke hadapannya di bawah subseksyen (4) selama tempoh tidak melebihi empat belas hari jika dia berpuas hati bahawa tahanan itu perlu bagi maksud penyiasatan berhubungan dengan perkara yang berkenaan dengannya orang itu telah ditangkap.

Kuasa masuk, menggeledah, memeriksa dan menyita

Section 15 — DANGEROUS DRUGS (FORFEITURE OF PROPERTY) ACT 1988