Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Mana-mana orang yang—
(a)
enggan memberikan akses ke mana-mana premis kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk masuk atau menggeledah, atau tidak mematuhi arahan supaya dirinya diperiksa oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya;
(b)
menyerang, menggalang, menghalang atau melengahkan pegawai yang diberi kuasa itu masuk sedangkan dia berhak masuk di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dipertanggungkan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(c)
tidak mematuhi apa-apa tuntutan yang sah daripada mana-mana pegawai polis dalam melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini;
(d)
enggan atau abai memberikan apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang berkuasa diberikan olehnya;
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 41
(e)
tidak mengemukakan atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan apa-apa harta, dokumen, atau buku yang berhubungan dengannya ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini, atau yang disita di bawah Akta ini;
(f)
menyelamatkan atau berusaha menyelamatkan atau menyebabkan diselamatkan apa-apa benda yang telah disita dengan wajar;
(g)
memberi mana-mana pegawai dengan mengatakan sebagai benar maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab bagi mempercayai adalah palsu; atau
(h)
sebelum atau selepas penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa jua untuk mengelakkannya disita atau didapatkan, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Tanggung rugi