Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 20

(a)

memintas, menahan dan membuka apa-apa artikel pos dalam masa penghantarannya melalui pos;

(b)

memintas apa-apa perutusan yang dipancarkan atau diterima menerusi mana-mana komunikasi; atau

(c)

memintas atau mendengar apa-apa perbualan menerusi mana-mana telekomunikasi.

(2)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7), atau apabila apa-apa prosiding diambil di bawah Bahagian III, apa-apa maklumat yang didapati oleh pegawai polis menurut subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh atau sebelum atau selepas prosiding itu dimulakan, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya atau dalam prosiding seperti yang disebut terdahulu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Kebenaran Pendakwa Raya di bawah subsekyen (1) boleh diberikan sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada kepada mana-mana pegawai polis tertentu atau secara am kepada

Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis lain:

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 43

Dengan syarat bahawa jika kebenaran lisan diberikan, Pendakwa

Raya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengubah kebenaran itu ke dalam bentuk bertulis.

(4)

Perakuan Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seseorang pegawai polis menurut subseksyen (1) telah dibenarkan olehnya di bawah subseksyen (1)

hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa ia telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu boleh diterima sebagai keterangan tanpa memerlukan bukti tandatangan pada perakuan itu.

(5)

Tiada seorang pun boleh mempunyai apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti, atau boleh dengan apa-apa jua cara dipaksa, untuk mendedahkan, dalam mana-mana prosiding, tatacara, kaedah, cara atau jalan, atau apa-apa perkara yang berhubungan dengannya, berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan di bawah perenggan

(1)

(a)

, (b) atau (c).

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

“artikel pos” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti dalam

*Akta Pejabat Pos 1947 [Akta 211]; dan

“telekomunikasi” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti dalam **Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20].

Kuasa khas mengenai penyiasatan