Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), perintah itu boleh membenarkan disiasat, diperiksa, dan diambil salinan, mana-mana buku jurubank atau akaun bank, atau mana-mana akaun syer atau akaun belian, akaun perbelanjaan atau mana-mana akaun lain, atau membenarkan diperiksa mana-mana peti simpanan selamat, dalam mana-mana bank, institusi kewangan, syarikat, firma, persatuan, pertubuhan, atau mana-mana jua pun badan lain, dan hendaklah menjadi kuasa yang cukup bagi pendedahan atau pengemukaan oleh mana-mana orang akan segala atau mana-mana maklumat atau akaun atau dokumen atau artikel sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai yang dibenarkan sedemikian.
(3)
Mana-mana orang yang dengan sengaja tidak atau enggan mendedahkan mana-mana maklumat sedemikian, atau mengemukakan mana-mana akaun atau dokumen atau artikel sedemikian, kepada orang yang dibenarkan sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4)
Jika mana-mana orang mendedahkan mana-mana maklumat sedemikian, atau mengemukakan mana-mana akaun atau dokumen atau artikel sedemikian, kepada orang yang dibenarkan sedemikian, orang yang mula-mula disebutkan itu ataupun mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya, atau yang sebagai ejen atau pekerjanya, orang yang mula-mula disebutkan itu mungkin bertindak tidak boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 45
mana-mana undang-undang, atau di bawah atau menurut kuasa mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, atau bagaimana jua pun selainnya.
Kuasa Pendakwa Raya untuk mendapatkan maklumat