Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 22

(a)

menghendaki mana-mana orang itu memberikan kenyataan bersumpah secara bertulis—

(i)

yang mengenal pasti setiap butiran harta alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau yang dimiliki oleh orang itu, atau oleh saudara atau sekutunya, dan menyebutkan tarikh setiap harta yang dikenal pasti sedemikian telah diperoleh, dan cara bagaimana harta itu telah diperoleh, sama ada dengan cara apa-apa urus niaga, bekues, pewarisan, atau bagaimana jua pun selainnya;

(ii)

yang mengenal pasti setiap harta yang dihantar ke luar Malaysia olehnya atau oleh saudara atau sekutunya di sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;

(iii)

yang menerangkan nilai anggaran dan tempat letak setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika tempat letak mana-mana harta itu tidak dapat diketahui, sebabnya begitu;

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(vi)

yang menyatakan, berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i)

dan (ii), sama ada harta itu dipegang olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah milik, dijualkan kepada, atau disimpan dengan mana-mana orang lain, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak pemerolehannya oleh orang itu, dan sama ada harta itu telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat diasingkan atau dibahagikan tanpa menyebabkan kesulitan;

(v)

yang menerangkan segala maklumat lain yang berhubungan dengan harta, perniagaan, perjalanan, atau apa-apa jua pun aktiviti lain orang itu, atau yang berhubungan dengan harta, perniagaan, perjalanan atau apa-apa jua pun aktiviti lain saudara atau sekutunya, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan

(vi)

yang menerangkan segala sumber pendapatan, perolehan atau asetnya;

(b)

menghendaki mana-mana saudara atau sekutu orang itu, atau mana-mana orang lain yang berkenaan dengannya

Pendakwa Raya mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa maklumat daripadanya akan dapat membantu dalam penyiasatan, memberikan kenyataan bersumpah secara bertulis—

(i)

yang mengenal pasti setiap harta alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau yang dimiliki olehnya, dan menyebutkan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu telah diperolehi, dan cara bagaimana harta itu telah diperolehi, sama ada dengan cara apa-apa urus niaga, bekues, pewarisan,atau bagaimana jua pun selainnya;

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 47

(ii)

yang mengenal pasti setiap harta yang dihantar ke luar Malaysia olehnya di sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;

(iii)

yang menerangkan nilai anggaran dan tempat letak setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika tempat letak mana-mana harta itu tidak dapat diketahui, sebabnya begitu;

(iv)

yang menyatakan, berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan

(ii)

, sama ada harta itu dipegang olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindah milik, dijualkan kepada, atau disimpan dengan mana-mana orang lain, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak pemerolehannya oleh orang itu, dan sama ada harta itu telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat diasingkan atau dibahagikan tanpa menyebabkan kesulitan;

(v)

yang menerangkan segala maklumat lain yang berhubungan dengan harta, perniagaan, perjalanan, atau apa-apa jua pun aktiviti lain orang itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan

(vi)

yang menerangkan segala sumber pendapatan, perolehan atau asetnya;

(c)

menghendaki mana-mana pegawai awam mengemukakan atau memberikan apa-apa dokumen, atau salinan diperakui bagi apa-apa dokumen, yang ada dalam milikannya atau di bawah kawalannya; dan

(d)

menghendaki mana-mana pegawai atau pekerja mana-mana bank atau institusi kewangan, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa jua cara atau sedikit

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

sebanyak bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan hal ehwal mana-mana bank atau mana-mana institusi kewangan, memberikan salinan mana-mana atau segala akaun, dokumen dan rekod yang berhubungan dengan mana-mana orang yang kepadanya suatu notis boleh atau telah dikeluarkan di bawah perenggan (a) atau (b).

(2)

Tiap-tiap orang yang kepadanya suatu notis dihantar oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa sumpah, aku janji atau kehendak menyimpan rahsia sebaliknya, atau apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, sebaliknya, mematuhi terma notis itu dalam masa yang dinyatakan di dalamnya, dan mana-mana orang yang sengaja mengabaikan atau tidak mematuhi terma notis itu sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Jika mana-mana orang mendedahkan mana-mana maklumat sedemikian, atau mengemukakan mana-mana akaun atau dokumen atau artikel sedemikian, kepada orang yang dibenarkan sedemikian, orang yang mula-mula disebutkan itu ataupun mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya, atau yang sebagai ejen atau pekerjanya, orang yang mula-mula disebutkan itu mungkin bertindak tidak boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, atau bagaimana jua pun selainnya.

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 49

Kuasa Pendakwa Raya untuk meminta maklumat daripada pegawai tertentu

Section 22 — DANGEROUS DRUGS (FORFEITURE OF PROPERTY) ACT 1988