Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
bercadang hendak membuat pemohonan kepada
Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 8 terhadap mana-mana orang;
(b)
bercadang hendak memulakan apa-apa pendakwaan terhadap mana-mana orang kerana suatu kesalahan di
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
bawah seksyen 3 atau 4, atau kerana suatu kesalahan yang disebut dalam Butiran 1, 2, 3 atau 4 Jadual
Pertama; atau
(c)
telah memulakan apa-apa pendakwaan terhadap mana-mana orang kerana suatu kesalahan seperti yang disebutkan dalam perenggan (b) dan prosiding berkenaan dengan pendakwaan itu belum selesai,
Pendakwa Raya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, menamakan atau memperihalkan orang itu dan menghendaki orang yang dinamakan atau diperihalkan sedemikian mematuhi mana-mana peruntukan yang ditetapkan dalam perintah itu.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(c), prosiding berkenaan dengan sesuatu pendakwaan hendaklah dikira belum selesai jika mahkamah berbidang kuasa asal yang menjalankan prosiding itu belum lagi menyampaikan keputusannya.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), perintah yang disebutkan di dalamnya boleh menghendaki orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu—
(a)
mendedahkan kepada Pendakwa Raya dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu nilai, jenis, tempat letak, dan segala butir lain yang relevan, bagi segala harta atau mana-mana harta tertentu, yang dipegang oleh orang itu atau oleh mana-mana saudara atau sekutu orang itu;
(b)
mendedahkan kepada Pendakwa Raya dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu nilai, jenis, tempat letak, dan segala butir lain yang relevan, bagi segala harta atau mana-mana harta tertentu yang dipegang olehnya atau oleh mana-mana saudara atau sekutunya sepanjang tempoh lima tahun sebelum tarikh perintah itu, yang bukannya suatu tempoh sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini;
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 51
(c)
tidak mengurusniagakan, membelanjakan atau melupuskan mana-mana harta yang dipegang olehnya tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya;
(d)
tidak memindahkan dari atau menghantar ke luar
Malaysia, atau menyebabkan dipindahkan dari atau dihantar ke luar Malaysia, mana-mana harta yang dipegang olehnya tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya; atau
(e)
tidak meninggalkan Malaysia tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya, dan menyerahkan segala dokumen perjalanannya, sama ada dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan lain, kepada Ketua Pengarah Imigresen dalam masa satu minggu selepas tersiarnya perintah itu.
(4)
Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki semua saudara dan sekutu pada amnya kepada orang yang dinamakan atau diperihalkan di bawah subseksyen (1) dalam perintah itu, atau mana-mana golongan atau perihalan saudara atau sekutu tertentu orang itu, atau mana-mana saudara atau sekutu tertentu orang itu, yang dinyatakan dalam perintah itu, mematuhi mana-mana peruntukan yang terkandung dalam perintah itu, termasuk peruntukan yang bersamaan dengan perenggan (3)(a), (b),
(c)
dan (d) berhubungan dengan harta yang dipegang oleh saudara atau sekutu itu.
(5)
Perintah di bawah subseksyen (1) boleh juga menghendaki semua orang pada amnya, atau mana-mana golongan atau perihalan orang tertentu yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mana-mana orang tertentu yang dinyatakan dalam perintah itu, yang memegang, selain daripada sebagai pembeli suci hati dengan balasan berharga, apa-apa harta mengenainya mana-mana orang yang dinamakan atau diperihalkan di bawah subseksyen (1) dalam perintah itu mempunyai kepentingan atau pernah mempunyai kepentingan sepanjang tempoh lima tahun sebelum tarikh perintah itu, iaitu yang bukannya suatu tempoh sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini—
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
(a)
mendedahkan kepada Pendakwa Raya dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu nilai, jenis, tempat letak, dan segala butir lain yang relevan bagi harta itu;
(b)
tidak memindahkan dari atau menghantar ke luar
Malaysia, atau menyebabkan dipindahkan dari atau dihantar ke luar Malaysia, mana-mana harta yang sedemikian tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya; dan
(c)
tidak mengurusniagakan, membelanjakan atau melupuskan mana-mana harta yang sedemikian tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya.
(6)
Jika suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1),
Pendakwa Raya boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang yang baginya perintah itu terpakai membuat segala pendedahan itu, atau memberikan segala maklumat itu, atau melakukan atau menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan tertentu, berhubungan dengan mana-mana harta yang terjejas oleh perintah itu bagi maksud menjamin pematuhan perintah itu oleh mana-mana orang yang baginya perintah itu terpakai, dan mana-mana notis sedemikian tidak menjejaskan liabiliti di bawah subseksyen (7) orang yang kepadanya notis itu dikeluarkan kerana tidak mematuhi mana-mana peruntukan perintah itu, sama ada atau tidak peruntukan itu terjejas oleh perintah itu.
(7)
Jika suatu perintah telah disiarkan di bawah subseksyen (1), mulai dari tarikh penyiaran itu adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang—
(a)
melanggar mana-mana kehendak, arahan, terma atau peruntukan lain perintah itu atau mana-mana notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6);
(b)
menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan atau mengubah apa-apa objek, artikel, material atau benda, atau akaun, buku atau dokumen lain, atau apa-apa
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 53
catatan di dalamnya, kepunyaan atau yang berhubungan dengan mana-mana orang atau harta yang terjejas oleh perintah itu;
(c)
memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia, atau menyebabkan dipindahkan dari atau dihantar ke luar Malaysia, apa-apa jua yang disebutkan dalam perenggan (b) tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya;
(d)
mengurusniagakan, membelanjakan, melupuskan, atau memindahkan dari Malaysia atau menghantar ke luar
Malaysia, atau menyebabkan diurusniagakan, dibelanjakan, dilupuskan, atau dipindahkan dari atau dihantar ke luar Malaysia, mana-mana harta yang terjejas oleh perintah itu, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya, dan mana-mana orang yang melakukan kesalahan sedemikian boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
(8)
Apa-apa urus niaga, kontrak, atau apa-apa jua pun perkara lain yang dilaksanakan, dilakukan, atau dibuat oleh mana-mana orang atau di antara mana-mana orang selepas tersiarnya suatu perintah di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana harta yang terjejas oleh perintah itu, kecuali apa-apa urus niaga yang dilaksanakan di bawah Akta ini oleh seorang pegawai awam atas sifatnya sebagai pegawai yang sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, adalah terbatal dan tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau bagaimana jua pun selainnya dilaksanakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa.
(9)
Selagi suatu perintah di bawah subseksyen (1) masih berkuat kuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan atau, jika ia sudah dimulakan tetapi belum selesai, dikekalkan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah atau di
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang dinamakan atau diperihalkan di bawah subseksyen (1) dalam perintah itu, atau berkenaan dengan mana-mana harta yang terjejas oleh perintah itu, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses lain yang serupa itu boleh dimulakan atau, jika mana-mana proses sedemikian sudah dimulakan tetapi belum selesai, dikekalkan atau diteruskan terhadap orang itu atau berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat, atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan, sebelum atau selepas perintah itu dibuat dan disiarkan di bawah subseksyen (1), kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau atas kehendak suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pendakwa
Raya.
(10)
Suatu perintah di bawah subseksyen (1)—
(a)
hendaklah, dalam hal suatu perintah terhadap seseorang yang disebutkan dalam perenggan (1)(a), terhenti daripada terus berkuat kuasa jika tiada permohonan kepada Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 8 difailkan oleh Pendakwa Raya di Mahkamah Tinggi terhadap orang itu dalam masa empat belas hari selepas tarikh tersiarnya perintah itu;
(b)
hendaklah, dalam hal suatu perintah terhadap seseorang yang disebutkan dalam perenggan (1)(b), terhenti daripada terus berkuat kuasa jika orang itu tidak dipertuduh di mahkamah kerana suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4, atau suatu kesalahan yang disebutkan dalam Butiran 1, 2, 3 atau 4 Jadual Pertama, dalam masa empat belas hari selepas tarikh tersiarnya perintah itu;
(c)
hendaklah terhenti daripada terus berkuat kuasa jika
Mahkamah Tinggi merekodkan dapatan di bawah subseksyen 10(4) bahawa orang yang dinamakan dalam
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 55
perintah di bawah subseksyen (1) itu bukan orang kenaan atau, dalam hal seseorang yang didakwa kerana suatu kesalahan seperti yang disebutkan terdahulu, jika dia dibebaskan dengan muktamadnya daripada kesalahan itu; dan
(d)
hendaklah terhenti terpakai bagi mana-mana harta yang berkenaan dengannya Mahkamah Tinggi merekodkan dapatan di bawah subseksyen 10(4) bahawa harta itu bukan harta yang menyalahi undang-undang, dan Pendakwa Raya hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu pemberitahuan bagi tiap-tiap penghentian itu dalam masa sepuluh hari selepas berkuatkuasanya penghentian itu.
(11)
Pendakwa Raya boleh pada bila-bila masa meminda atau membatalkan sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), tetapi apa-apa pembatalan yang sedemikian tidak menjadi galangan kepada pembuatan apa-apa perintah baru di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa selepas itu terhadap mana-mana orang yang baginya perintah terdahulu itu terpakai atau berkenaan dengan mana-mana harta yang terjejas oleh perintah terdahulu itu.
(12)
Sesuatu pemberitahuan di bawah subseksyen (10) atau sesuatu pembatalan atau pindaan sesuatu perintah di bawah subseksyen (11) boleh mengandungi peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berbangkit, berdampingan atau bersampingan dengan pemberitahuan, pembatalan atau pindaan itu.
(13)
Jika sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) terhenti daripada terus berkuat kuasa, atau terhenti terpakai bagi mana-mana harta di bawah subseksyen (10), penghentian itu tidak menjadi galangan kepada pembuatan apa-apa perintah baru di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa selepas itu terhadap mana-mana orang yang baginya perintah terdahulu itu terpakai, atau berkenaan dengan mana-mana harta yang terjejas oleh perintah terdahulu itu, dengan syarat perintah baru yang sedemikian adalah berhubungan dengan permohonan baru atau pendakwaan baru seperti yang disebutkan dalam subseksyen (1).
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
Penyitaan harta alih