Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(2)
Bilamana apa-apa harta alih yang menyalahi undang-undang disita di bawah subseksyen (1), pegawai yang melaksanakan penyitaan itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menyampaikan suatu notis bertulis tentang penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya harta itu, jika pemunya itu dan tempat dia berada diketahui:
Dengan syarat bahawa notis itu tidak dikehendaki disampaikan jika penyitaan itu dibuat di hadapan orang yang terhadapnya prosiding di bawah Bahagian III dicadangkan hendak diambil, atau di hadapan pemunya harta itu atau ejennya, atau, dalam hal kapal atau pesawat udara, di hadapan nakhoda atau juruterbangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi mana-mana kapal yang berat bebannya lebih daripada satu ratus tan, atau bagi mana-mana keretapi atau bagi mana-mana pesawat udara, kepunyaan mana-mana orang yang menjalankan perkhidmatan mengangkut penumpang atau barang muatan yang sah secara tetap di dalam
Malaysia atau ke dan dari Malaysia, kecuali jika pendakwaan kerana suatu kesalahan di bawah Akta ini akan dimulakan, atau prosiding di bawah Bahagian III akan diambil, terhadap pemunya kapal, keretapi atau pesawat udara itu.
Peruntukan lanjutan yang berhubungan dengan penyitaan harta alih