Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), apabila apa-apa harta alih, termasuk apa-apa harta alih yang disebutkan dalam subseksyen (4), telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai kanan polis yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai kanan polis yang melaksanakan penyitaan itu boleh menurut budi bicaranya—
(a)
buat sementara mengembalikan harta alih itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan polis berhak ke atasnya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh pegawai kanan polis, dan tertakluk, walau bagaimanapun, kepada jaminan yang cukup diberikan hingga pegawai kanan polis berpuas hati bahawa harta alih itu akan diserahkan kepada pegawai kanan polis apabila dikehendaki oleh pegawai kanan polis dan bahawa terma dan syarat tersebut, jika ada, akan dipatuhi; atau
(b)
mengembalikan harta alih itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan polis berhak mendapatnya, dengan memberikan kebebasan kepada orang yang kepadanya harta alih itu dikembalikan sedemikian untuk melupuskan harta itu, dan pengembalian itu adalah tertakluk kepada jaminan diberikan hingga pegawai kanan polis berpuas hati sebanyak amaun yang tidak kurang daripada amaun yang, pada pendapat pegawai kanan polis, merupakan
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
nilai pasaran terbuka bagi harta itu pada tarikh harta itu dikembalikan sedemikian, tertakluk kepada syarat bahawa jika harta itu dilucuthakkan di bawah Akta ini, jaminan itu hendaklah dilucuthakkan di bawah subseksyen (3) sebagai ganti harta itu.
(3)
Jika mana-mana orang tidak mematuhi terma yang menurutnya mana-mana harta telah dikembalikan buat sementara di bawah perenggan (2)(a), atau jika mana-mana harta yang dikembalikan di bawah perenggan (2)(b) dilucuthakkan, jaminan yang diberikan oleh orang yang kepadanya harta itu dikembalikan hendaklah dilucuthakkan, dan dalam hal seseorang yang kepadanya apa-apa harta telah dikembalikan di bawah perenggan (2)(a), dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak kurang daripada dua tetapi lebih daripada sepuluh kali ganda amaun jaminan yang diberikan olehnya di bawah perenggan (2)(a), dan juga dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun.
(4)
Jika mana-mana harta alih yang disita di bawah Akta ini terdiri daripada wang, syer, sekuriti, saham, debentur atau apa-apa hak dalam tindakan yang ada dalam milikan atau di bawah kawalan mana-mana orang selain daripada orang yang terhadapnya pendakwaan, atau prosiding di bawah Bahagian III, dicadangkan hendak diambil, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan oleh pegawai kanan polis dengan menyampaikan suatu perintah kepada orang itu—
(a)
melarangnya menggunakan, memindah milik, atau mengurusniagakan harta itu; atau
(b)
menghendakinya menyerahkan harta itu kepada pegawai kanan polis mengikut cara dan dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu.
(5)
Jika harta alih yang disita itu cepat rosak atau buruk, atau ialah harta yang tidak dapat disenggarakan tanpa menyebabkan kesusahan, atau yang tidak praktik disenggarakan, dan yang tidak dapat diperlakukan di bawah subseksyen (2), pegawai kanan polis boleh menjual atau menyebabkan dijual harta itu dengan lelong awam atau mengikut apa-apa cara yang praktik dan memegang hasil
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 59
jualan itu, setelah ditolak daripadanya kos dan belanja menyenggarakan dan menjual harta itu, sementara menunggu keputusan apa-apa prosiding di bawah Akta ini.
Peruntukan khas yang berhubungan dengan penyitaan sesuatu perniagaan