Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 27

(a)

sedang dijalankan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang terhadapnya pendakwaan kerana suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4, atau subseksyen 24(7)

Akta ini, atau apa-apa prosiding di bawah Bahagian III, dicadangkan hendak dimulakan;

(b)

sedang dijalankan oleh atau bagi pihak saudara atau sekutu orang itu;

(c)

ialah suatu perniagaan yang di dalamnya orang itu, atau saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan yang berjumlah atau memberikan hak terhadap tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada kesemua perniagaan itu;

(d)

ialah suatu perniagaan yang ke atasnya orang itu, saudaranya atau sekutunya mempunyai kuasa pengurusan atau kawalan efektif, sama ada secara individu atau bersama, pegawai polis ditetapkan itu boleh melakukan mana-mana atau segala perkara yang berikut:

(aa) menyita perniagaan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini;

(bb) melalui suatu perintah bertulis —

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(i)

mengarahkan takat dan cara perniagaan itu boleh dijalankan;

(ii)

menyatakan pegawai awam atau pegawai-pegawai awam, dengan nama atau jawatan, untuk menyelia, mengarahkan atau mengawal perniagaan itu, termasuk akaunnya, atau untuk menjalankan perniagaan itu atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan;

(iii)

mengarahkan supaya segala atau mana-mana bahagian hasil atau keuntungan perniagaan itu dibayar kepada Pemegang Amanah Raya untuk dipegang simpan olehnya sementara menanti arahan selanjutnya berkenaan dengannya oleh pegawai polis ditetapkan itu;

(iv)

melarang mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja daripada terlibat dengan apa-apa jua cara dalam perniagaan itu mulai dari tarikh surat larangan itu; atau

(v)

mengarahkan supaya premis tempat perniagaan itu dijalankan ditutup dan, jika perlu atau suai manfaat, diletakkan di bawah kawalan atau jagaan.

(2)

Jika pegawai awam yang berkenaan dengannya suatu perintah dicadangkan dibuat di bawah subseksyen (1) bukan seorang pegawai polis, perintah itu tidak boleh dibuat berhubungan dengan dirinya kecuali, dalam hal seorang anggota perkhidmatan awam, dengan persetujuan Ketua Setiausaha Kementerian di mana pegawai awam itu berkhidmat, dan dalam hal mana-mana pegawai awam lain, dengan persetujuan ketua eksekutif pihak berkuasa, badan atau organisasi di mana dia bekerja.

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 61

(3)

Jika suatu perintah di bawah perenggan (1)(bb) dibuat oleh seseorang pegawai polis ditetapkan, dia boleh memasukkan ke dalamnya, atau selepas itu sama ada secara bertulis atau secara lisan memberikan, apa-apa arahan yang bersifat bersampingan atau berbangkit, atau apa-apa arahan yang perlu, bagi melaksanakan, atau yang bagi perintah itu.

(4)

Suatu perintah di bawah perenggan (1)(bb) boleh pada bila-bila masa diubah atau dibatalkan oleh seorang pegawai polis ditetapkan dan jika dia mengubah atau membatalkannya sedemikian, dia boleh memberikan apa-apa arahan yang bersifat bersampingan atau berbangkit, atau apa-apa arahan yang mungkin perlu, bagi melaksanakan, atau bagi menjalankan, pengubahan atau pembatalan itu.

(5)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam subseksyen (6), baik Kerajaan mahupun mana-mana pegawai awam tidak, berbangkit daripada apa-apa perintah di bawah subseksyen (1), bertanggung jawab bagi pembayaran apa-apa jua pun wang, dius, hutang, liabiliti atau caj yang kena dibayar kepada mana-mana orang berkenaan dengan perniagaan itu, atau berkenaan dengan mana-mana harta alih yang dipunyai, dimiliki, dihuni atau digunakan, oleh mana-mana orang berhubungan dengan perniagaan itu.

(6)

Jika pegawai awam atau pegawai-pegawai awam menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan menurut suatu perintah di bawah subperenggan (1)(bb)(ii), mereka hendaklah bertanggungjawab bagi pembayaran upah kepada pekerja perniagaan itu yang diambil kerja untuk menjalankan apa-apa kerja berhubungan dengan aktiviti itu sepanjang tempoh pegawai awam atau pegawai-pegawai awam tersebut menjalankan aktiviti itu, dan upah itu hendaklah dibayar daripada keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti itu, atau, jika tidak ada untung yang sedemikian atau jika untung yang sedemikian tidak mencukupi, daripada hasil yang diperoleh daripada aktiviti itu, atau jika tidak ada hasil yang sedemikian atau jika hasil yang sedemikian tidak mencukupi, daripada aset dan harta perniagaan itu;

“upah” dalam subseksyen ini ertinya upah yang kena dibayar di bawah kontrak kerja antara pekerja dengan perniagaan itu.

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(7)

Peruntukan seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang tidak konsisten, atau bercanggahan atau berlawanan dengannya yang terkandung dalam Akta ini.

Penyitaan harta tak alih

Section 27 — DANGEROUS DRUGS (FORFEITURE OF PROPERTY) ACT 1988