Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 28

(a)

dengan dikeluarkan Notis Penyitaan oleh seorang pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa Polis atau lebih tinggi dengan menerangkan di dalamnya butir-butir harta tak alih yang disita itu setakat yang diketahuinya, dan melarang segala urus niaga mengenai harta tak alih itu;

(b)

dengan menampalkan, jika praktik, satu salinan

Notis itu di suatu tempat yang mudah dilihat pada harta tak alih itu; dan

(c)

dengan menyampaikan satu salinan Notis itu kepada

Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hakmilik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil

Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sabah, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pengarah Tanah dan Ukur, mengikut mana-mana yang berkenaan, di

Sarawak, bagi kawasan di mana harta tak alih itu terletak.

(2)

Pentadbir Tanah, Pemungut Hasil Tanah, Pengarah Tanah dan Ukur, atau Pendaftar Hakmilik, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah dengan serta-merta selepas itu mengendorskan terma Notis

Penyitaan itu pada dokumen hakmilik berkenaan dengan harta tak alih itu dalam Daftar di pejabatnya.

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 63

(3)

Jika pengendorsan Notis Penyitaan telah dibuat di bawah subseksyen (2), Notis itu hendaklah mempunyai kuat kuasa melarang segala urus niaga berkenaan dengan harta tak alih itu, dan, dengan demikian itu, selepas pengendorsan itu telah dibuat tiada urus niaga berkenaan dengan harta tak alih itu boleh didaftarkan, tidak kira sama ada ia telah dilaksanakan sebelum atau selepas pengeluaran Notis itu atau pembuatan pengendorsan itu.

(4)

Subseksyen (3) tidak terpakai bagi sesuatu urus niaga yang dilaksanakan di bawah Akta ini atau menurut kuasa Akta ini oleh seseorang pegawai awam atas sifatnya sebagai pegawai yang sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain.

Urus niaga dengan harta disita selepas penyitaan adalah tidak sah