Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 2

Tafsiran

(2)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aktiviti larangan” ertinya apa-apa perbuatan, aktiviti, atau kelakuan yang berlaku keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam atau di luar Malaysia—

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 9

(a)

yang menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan dengannya atau yang menjadi suatu kesalahan Terjadual; atau

(b)

yang, sungguhpun tidak menjadi suatu kesalahan yang sedemikian, adalah sedemikian rupa atau berlaku dalam keadaan yang sedemikian sehingga boleh semunasabahnya dipercayai daripadanya bahawa ia akan akhirnya menyebabkan atau membawa kepada pelakuan suatu kesalahan sedemikian;

“amanah” termasuklah apa-apa obligasi undang-undang yang memihak kepada mana-mana benefisiari yang tertakluk kepadanya mana-mana orang memegang apa-apa harta;

“badan awam” termasuklah—

(a)

Kerajaan Malaysia;

(b)

Kerajaan sesuatu Negeri;

(c)

mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun lain yang ditubuhkan oleh, dan menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh, mana-mana undang-undang bertulis;

(d)

mana-mana jabatan, perkhidmatan atau perusahaan

Kerajaan Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri, sesuatu pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun lain, atau mana-mana jabatan, perkhidmatan atau perusahaan mana-mana pihak berkuasa, organisasi, badan atau individu yang dinyatakan di bawah perenggan (e); atau

(e)

mana-mana pihak berkuasa, organisasi atau badan, atau mana-mana individu yang disebut dengan nama atau jawatan, yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai suatu badan awam bagi maksud Akta ini;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

“bank” ertinya bank yang dilesenkan di bawah *Akta Bank 1973

[Akta 102], atau bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank

Islam 1983 [Akta 276], atau bank saudagar, atau mana-mana orang yang menjalankan apa-apa urusan bank di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau syarikat kewangan berlesen di bawah

**Akta Syarikat Kewangan 1969 [Akta 6], atau Bank Simpanan

Nasional yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Simpanan

Nasional 1974 [Akta 146], atau mana-mana koperasi yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi;

“buku jurubank” termasuklah lejar, buku harian, buku tunai, buku akaun dan segala buku dan dokumen lain yang digunakan dalam perjalanan biasa urusan sesuatu bank;

“dipegang” ertinya, berhubungan dengan mana-mana harta, harta itu dipegang oleh seorang pemegang;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 62;

“dokumen” termasuklah—

(a)

apa-apa huruf, angka, cap, inskripsi, tulisan, tanda, karikatur, gambar, lukisan atau gambaran dalam apa-apa bentuk; dan

(b)

apa-apa rakaman tampak (sama ada berbentuk imajan pegun atau bergerak) atau rakaman bunyi, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel;

“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, dan termasuklah—

*CATATAN ─ Akta Bank 1973 [Akta 102] telah dimansuhkan oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] − lihat seksyen 128 bagi Akta 372.

** CATATAN ─ Akta Syarikat Kewangan 1969 [Akta 6] telah dimansuhkan oleh Akta Bank dan

Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]− lihat seksyen 128 bagi Akta 372.

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 11

(a)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa, keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada terletak hak atau kontinjen, berhubungan dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

(b)

apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan atau melupuskan harta tak alih yang dipunyai atau dimiliki oleh orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu atau yang ke atasnya orang itu berhak mendapatkan kontinjen, sama ada bagi seluruh kepentingan atau apa-apa kepentingannya atau apa-apa kepentingan yang kurang daripada itu;

(c)

apa-apa surat cara kewangan;

(d)

apa-apa surat cara atau sekuriti lain;

(e)

apa-apa harta ketara atau tidak ketara lain;

“harta yang menyalahi undang-undang” ertinya apa-apa harta, sama ada di dalam atau di luar Malaysia—

(a)

yang keseluruhannya atau sebahagiannya diperoleh atau didapati daripada atau dengan jalan apa-apa aktiviti larangan yang dijalankan oleh mana-mana orang selepas permulaan kuat kuasa Akta ini;

(b)

yang menjadi pendapatan, perolehan atau aset yang keseluruhannya atau sebahagiannya diperoleh atau didapati daripada atau dengan jalan mana-mana harta yang disebutkan dalam perenggan (a);

(c)

yang keseluruhannya atau sebahagiannya diperoleh atau didapati daripada atau dengan jalan mana-mana harta yang disebutkan dalam perenggan (a)

atau (b);

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(d)

yang keseluruhannya atau sebahagiannya boleh dikesan kepada, atau boleh dikaitkan dengan, mana-mana harta yang disebutkan dalam perenggan (a), (b) atau (c) atau kepada atau dengan apa-apa pendapatan, perolehan atau aset daripada mana-mana harta sedemikian;

(e)

yang, selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, digunakan atau telah digunakan untuk membantu atau mempermudahkan apa-apa aktiviti larangan;

(f)

yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 4 atau subseksyen 24(7), atau mana-mana kesalahan Terjadual yang dilakukan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini; atau

(g)

yang, disebabkan oleh apa-apa hal keadaan seperti, tetapi tidak terhad kepada, sifat, nilai, tempat letak atau tempat penemuannya, atau masa, cara atau tempat pemerolehannya, atau orang yang daripadanya harta itu telah diperoleh, atau kedekatannya dengan harta lain yang disebutkan dalam perenggan yang disebutkan di atas, boleh semunasabahnya dipercayai sebagai harta yang termasuk dalam ruang lingkup mana-mana perenggan yang disebutkan di atas;

“institusi kewangan” termasuklah bank, atau mana-mana orang di dalam Malaysia, yang, pada hakikatnya, dengan sahnya atau dengan menyalahi undang-undang, menjalankan apa-apa urusan bank atau urusan kewangan sebagaimana yang ditakrifkan masing-masingnya dalam Akta Bank 1973 [Akta 102] atau Akta Syarikat Kewangan 1969 [Akta 6], dan mana-mana bank atau orang di luar Malaysia yang, pada hakikatnya, dengan sahnya atau dengan menyalahi undang-undang, menjalankan apa-apa urusan yang serupa itu;

“kesalahan Terjadual” ertinya suatu kesalahan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam Jadual Pertama kepada Akta ini;

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 13

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

“orang kenaan” ertinya seseorang yang disebutkan dalam seksyen 7 sebagai orang yang boleh dikenakan tindakan di bawah Bahagian

III;

“pegang”

ertinya, berhubungan dengan apa-apa harta, pemegangan harta itu oleh seorang pemegang;

“pegawai awam” termasuklah mana-mana orang yang bekerja secara tetap atau sementara dengan sesuatu badan awam;

“pegawai kanan polis” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];

“pegawai polis ditetapkan” ertinya seseorang pegawai polis berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi, yang ditetapkan secara bertulis dengan nama atau jawatan oleh Ketua Polis Negara bagi maksud Akta ini sama ada secara am atau berhubungan dengan mana-mana peruntukan tertentu dalam Akta ini;

“pembebasan muktamad” ertinya pembebasan di peringkat bidang kuasa asal sekiranya, tiada rayuan terhadap pembebasan itu, tetapi sekiranya ada rayuan terhadap pembebasan itu, atau terhadap apa-apa sabitan sama ada di peringkat bidang kuasa asal atau di peringkat bidang kuasa rayuan rendah, ia bererti perintah di peringkat bidang kuasa rayuan yang akhir yang membuat peruntukan bagi pembebasan, dan

“dibebaskan dengan muktamadnya” mempunyai erti yang bersamaan; dan bagi maksud takrif ini “rayuan” termasuklah apa-apa prosiding dalam apa-apa jua bentuk dan bagaimana jua pun disebut berhubungan dengan keputusan yang diberikan di peringkat bidang kuasa asal atau di peringkat bidang kuasa rayuan rendah, tetapi tidak termasuk apa-apa prosiding berhubungan dengan pengampunan atau penjalanan kuasa peringanan oleh pihak berkuasa eksekutif;

“pembeli suci hati dengan balasan berharga” ertinya mana-mana penerima pindahan, pemegang serah hak, pemegang gadaian,

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

pemegang gadai janji, pemegang sandaran, pemegang lien, atau penerima pajakan, bagi apa-apa harta jika pemindahan, penyerahhakan, penggadaian, penggadaijanjian, penyandaran, lien, atau pemajakan itu telah didapati olehnya dengan balasan berharga yang cukup berupa wang atau nilaian wang, tanpa maklum—

(a)

bahawa harta itu adalah harta yang menyalahi undang-undang; atau

(b)

tentang apa-apa hal keadaan yang daripadanya, jika siasatan munasabah telah dijalankan, mungkin dapat diketahui bahawa harta itu adalah harta yang menyalahi undang-undang;

“pemegang” termasuklah, berhubungan dengan mana-mana harta, mana-mana orang yang menjadi pemunya, mana-mana orang yang memiliki, mana-mana orang yang menghuni, mana-mana orang yang menjaga atau mengawal, dan mana-mana orang yang mempunyai apa-apa jua pun hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, kuasa, kewajipan atau obligasi lain berhubungan dengan, harta itu;

“perniagaan” ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi maksud mendapat laba atau untung dan termasuklah segala harta yang didapati daripada, atau yang digunakan dalam atau bagi maksud menjalankan, aktiviti itu, dan segala hak dan liabiliti yang berbangkit daripada aktiviti itu;

“prosiding di bawah Akta ini” ertinya apa-apa prosiding di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, termasuk apa-apa pendakwaan kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

“sabitan” termasuklah apa-apa dapatan bersalah atau apa-apa perintah yang melibatkan apa-apa dapatan bersalah oleh mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa kompeten di dalam atau di luar Malaysia, tidak kira sama ada atau tidak sabitan atau dapatan bersalah itu diperintahkan supaya direkodkan,

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 15

dan sama ada atau tidak orang yang disabitkan atau didapati bersalah itu dijatuhi apa-apa hukuman;

“sabitan muktamad” ertinya sabitan di peringkat bidang kuasa asal sekiranya tiada rayuan terhadap sabitan itu atau terhadap hukuman atau perintah lain yang berbangkit daripada sabitan itu, tetapi sekiranya ada rayuan sedemikian atau sekiranya ada rayuan terhadap apa-apa perintah pembebasan, pelepasan atau selainnya sama ada diberikan di peringkat bidang kuasa asal atau di peringkat bidang kuasa rayuan rendah, ia bererti perintah di peringkat bidang kuasa rayuan yang akhir yang membuat peruntukan bagi sabitan, dan “disabitkan dengan muktamadnya”

mempunyai erti yang bersamaan; dan bagi maksud takrif ini

“rayuan” termasuklah apa-apa prosiding dalam apa-apa jua bentuk dan bagaimana jua pun disebut berhubungan dengan keputusan yang diberikan di peringkat bidang kuasa asal atau di peringkat bidang kuasa rayuan rendah, tetapi tidak termasuk apa-apa prosiding berhubungan dengan pengampunan atau penjalanan kuasa peringanan oleh sesuatu pihak berkuasa eksekutif;

“saudara”, berhubungan dengan seseorang, ertinya—

(a)

suami atau isteri orang itu;

(b)

abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan orang itu;

(c)

abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan kepada suami atau isteri orang itu;

(d)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu;

(e)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan suami atau isteri orang itu;

(f)

suami atau isteri kepada orang yang disebutkan dalam perenggan (b), (c), (d) atau (e);

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(g)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebutkan dalam perenggan (b) atau (c);

(h)

abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan ataupun isteri kepada abang atau adik lelaki ataupun suami kepada kakak atau adik perempuan kepada mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab lansung atas dengan orang itu ataupun dengan suami atau isterinya; atau

(i)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah ataupun suami atau isteri kepada mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebutkan dalam perenggan (h);

“sekuriti” termasuklah saham, bon, syer, debentur, kumpulan wang dan perakuan deposit;

“sekutu”, berhubungan dengan seseorang, termasuklah—

(a)

mana-mana orang yang pernah atau sedang tinggal di premis kediaman (termasuk perlengkapan) kepunyaan orang itu;

(b)

mana-mana orang yang pernah menjadi atau adalah menjadiejen atau penama kepada orang itu;

(c)

mana-mana orang yang pernah atau sedang menguruskan hal ehwal atau menyimpan akaun orang itu;

(d)

mana-mana firma perkongsian yang orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, adalah atau pernah menjadi seorang pekongsinya atau seorang yang menjaga atau mengawal perniagaan atau hal ehwalnya;

(e)

mana-mana perbadanan dalam erti Akta Syarikat

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 17

1965 [Akta 125] yang orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, pernah menjadi atau adalah menjadi seorang pengarahnya atau pernah atau sedang menjaga atau mengawal perniagaan atau hal ehwalnya, atau yang di dalamnya orang itu, bersama-sama dengan mana-mana ejen atau penamanya, mempunyai atau pernah mempunyai syer sebanyak jumlah nilai yang tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada jumlah modal terbitan perbadanan itu;

(f)

mana-mana orang yang pernah menjadi atau adalah menjadi seorang pekongsi, atau seorang yang menjaga atau mengawal perniagaan atau hal ehwal, suatu firma perkongsian yang disebutkan dalam perenggan (d) pada bila-bila masa semasa orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, pernah menjadi atau adalah menjadi seorang pekongsi dalam firma perkongsian itu;

(g)

mana-mana orang yang pernah menjadi atau adalah menjadi seorang pengarah, atau seorang yang menjaga atau mengawal perniagaan atau hal ehwal, suatu perbadanan yang disebutkan dalam perenggan (e) pada bila-bila masa semasa orang itu, atau mana-mana ejen atau penamanya, pernah menjadi atau adalah menjadi seorang pengarah, atau pernah atau sedang menjaga atau mengawal perniagaan atau hal ehwal, perbadanan itu, atau pada bila-bila masa semasa orang itu, bersama-sama dengan mana-mana ejen atau penamanya, mempunyai atau pernah mempunyai syer sebanyak jumlah nilai yang tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada jumlah modal terbitan perbadanan itu;

(h)

mana-mana orang yang pernah menjadi atau adalah menjadi ejen dalam mana-mana firma perkongsian atau perbadanan yang masing-masingnya disebutkan dalam perenggan (d) atau (e);

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(i)

mana-mana orang yang pernah atau sedang menguruskan akaun mana-mana firma perkongsian atau perbadanan yang masing-masingnya disebutkan dalam perenggan (d)

atau (e);

(j)

pemegang amanah bagi mana-mana amanah, jika—

(i)

amanah itu telah diwujudkan oleh orang itu;

atau

(ii)

jumlah nilai aset yang disumbangkan oleh orang itu kepada amanah itu pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas wujudnya amanah itu, berjumlah, atau telah berjumlah, pada bila-bila masa, sebanyak tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada jumlah nilai aset amanah itu;

(k)

mana-mana orang yang ada dalam miliknya apa-apa harta kepunyaan orang itu; dan

(1)

mana-mana orang yang berhutang dengan orang itu;

“surat cara kewangan” ertinya syiling atau mata wang Malaysia atau mana-mana negara lain, cek kembara, cek perseorangan, cek bank, kiriman wang, sekuriti pelaburan dalam bentuk pembawa atau selainnya yang sedemikian bentuknya sehingga hakmilik ke atasnya berpindah apabila ia diserahkan atau apabila ia diserahkan dan diendorskan, dan surat cara boleh niaga dalam bentuk pembawa atau selainnya yang sedemikian bentuknya sehingga hakmilik ke atasnya berpindah apabila ia diserahkan atau apabila ia diserahkan dan diendorskan;

“susut nilai”, berhubungan dengan apa-apa harta, ertinya keseluruhan atau sebahagian harta itu dibelanjakan, digunakan, dibinasakan, atau dikenakan apa-apa urus niaga,

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 19

proses atau perbuatan lain, sehingga ia tidak lagi wujud, atau telah terkurang nilai atau saiznya, atau berubah sifatnya;

“terlucut hak” ertinya, berhubungan dengan apa-apa harta, bahawa harta itu terlucut hak kepada Kerajaan Malaysia mengikut

Akta ini;

“undang-undang asing yang bersamaan” atau “undang-undang asing yang bersamaan dengan” ertinya peruntukan mana-mana undang-undang mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar

Malaysia yang serupa pada keseluruhannya, atau pada sebahagiannya, atau pada isinya, dengan undang-undang Malaysia yang berhubungan dengannya ungkapan ini digunakan;

“urus niaga” termasuklah—

(a)

pembelian, penjualan, pinjaman, gadaian, gadai janji, lien, sandaran, kaveat, pindah milik, penyerahan, serah hak, subrogasi, pindahan, alang, derma, amanah, berian, deposit, pengambilan keluar, pemindahan antara akaun, perlanjutan kredit;

(b)

apa-apa pembelian atau penjualan apa-apa sekuriti, surat cara kewangan, atau apa-apa jua pun surat cara lain yang dilaksanakan dengan apa-apa jua cara;

(c)

apa-apa pewakilan atau pemberian surat kuasa wakil;

dan

(d)

apa-apa pelupusan lain atau urus niaga lain dalam apa-apa jua bentuk, atau daripada apa-apa jua perihalan atau sifat, bagaimana jua pun disebut, yang menyebabkan apa-apa hak, kepentingan, hakmilik atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan atau sama ada terletak hak atau kontinjen, ke atas keseluruhan atau sebahagian apa-apa harta diberikan kepada mana-mana orang.

(3)

Bagi maksud takrif “saudara” dalam subseksyen (2)—

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(a)

pengangkatan mana-mana orang oleh seorang lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar

Malaysia, atau di bawah mana-mana adat yang diiktiraf oleh mana-mana golongan orang di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia hendaklah dikira sebagai mewujudkan di antara pengangkat dengan orang angkat itu pertalian semula jadi yang sama seperti pertalian pengangkatan, dan pertalian lain berhubungan dengannya hendaklah ditentukan dengan sewajarnya;

dan

(b)

sebutan di dalamnya mengenai sesuatu pertalian termasuklah, jika relevan, pertalian seibu atau sebapa.