Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Jika penyitaan apa-apa harta telah dilaksanakan di bawah Akta ini, kesahan penyitaan itu, atau apa-apa penjualan atau bentuk pelupusan lain harta itu, atau apa-apa pemusnahan harta itu mengikut peruntukan Akta ini berbangkit daripada penyitaan itu, tidak terjejas oleh apa-apa bantahan yang berhubungan dengan cara bagaimana penyitaan atau penjualan itu telah dilaksanakan, atau tempat ia telah dilaksanakan, atau orang yang daripadanya ia telah dilaksanakan, atau orang yang kepadanya apa-apa notis penyitaan atau penjualan itu telah diberikan, atau ditinggalkan daripada diberikan, atau atas apa-apa alasan bahawa mana-mana peruntukan mengenai tatacara dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain tidak ditepati dalam melaksanakan penyitaan atau penjualan itu.