Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 32

(a)

tiada pendakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang dimulakan berkenaan dengan harta itu;

(b)

tiada prosiding dimulakan oleh Pendakwa Raya untuk melucuthakkan harta itu di bawah Bahagian III; dan

(c)

tiada tuntutan secara bertulis dibuat oleh mana-mana orang bahawa dia berhak menurut undang-undang ke atas harta itu dan bahawa harta itu tidak boleh

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

dikenakan pelucuthakan di bawah Akta ini atau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, dalam masa tiga bulan dari tarikh penyitaannya, harta itu hendaklah terlucut hak dengan serta-merta apabila habis tempoh tiga bulan yang tersebut itu.

(2)

Jika dalam masa tiga bulan dari tarikh penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini suatu tuntutan secara bertulis dibuat mengenai harta itu oleh mana-mana orang mengikut terma yang disebutkan dalam perenggan (1)(c), Pendakwa Raya hendaklah dalam masa empat belas hari selepas habis tempoh tiga bulan yang tersebut itu merujuk tuntutan itu kepada Mahkamah Sesyen untuk diputuskannya.

(3)

Mahkamah Sesyen yang kepadanya suatu tuntutan dirujuk di bawah subseksyen (2) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menuntut bahawa dia berhak ke atas harta itu menurut undang-undang, dan orang yang daripadanya harta itu disita, jika dia dan tempat dia berada diketahui, hadir di hadapan mahkamah itu, dan apabila mereka hadir, atau jika mereka ingkar hadir setelah penyampaian sempurna saman itu dibuktikan,

Mahkamah Sesyen itu hendaklah terus memeriksa perkara itu dan jika berpuas hati bahawa tiada kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dilakukan berkenaan dengan harta yang dituntut itu dan bahawa harta itu bukannya harta yang menyalahi undang-undang, hendaklah memerintahkan supaya harta itu dilepaskan kepada orang yang menuntutnya itu setelah dibuktikan bahawa dia berhak ke atasnya menurut undang-undang, dan hendaklah, dalam apa-apa hal lain, memerintahkan supaya harta itu dilucuthakkan.

(4)

Peruntukan seksyen ini tidak menjejaskan kuasa seorang pegawai polis di bawah seksyen 31 untuk melepaskan apa-apa harta daripada penyitaan.

(5)

Jika harta telah dilucuthakkan di bawah subseksyen (1), ia tidak menggalang apa-apa pendakwaan kerana sesuatu kesalahan di

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 67

bawah mana-mana undang-undang dimulakan berkenaan dengan harta itu pada bila-bila masa selepas itu.

Section 32 — DANGEROUS DRUGS (FORFEITURE OF PROPERTY) ACT 1988