Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Anggapan mengenai orang kenaan dan harta yang menyalahi undang-undang
Jika apa-apa prosiding di bawah Akta ini dibawa terhadap mana-mana orang atau berkenaan dengan mana-mana harta atas alasan bahawa orang itu ialah orang kenaan atau bahawa harta itu ialah harta yang menyalahi undang-undang, mahkamah hendaklah menganggap orang itu sebagai orang kenaan dan harta itu sebagai harta yang menyalahi undang-undang melainkan jika orang yang terhadapnya tindakan diambil membuktikan sebaliknya dengan
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 69
keterangan boleh terima, dan sekiranya dia mengemukakan apa-apa keterangan seperti itu, Pendakwa Raya berhak mematahkannya.
Kebolehterimaan keterangan dokumentar dan keterangan lain yang didapatkan oleh Pendakwa Raya dalam menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini