Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 37

Pemeriksaan ke atas pesalah

(2)

Mana-mana orang yang disebutkan dalam subseksyen (1)

yang enggan mengangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan hendaklah diperlakukan mengikut cara yang sama seperti saksi yang enggan berbuat sedemikian itu diperlakukan oleh suatu mahkamah.

(3)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki memberikan keterangan di bawah subseksyen (1), yang pada pendapat mahkamah, membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang segala perkara yang berkenaan dengannya dia diperiksa, adalah berhak mendapat perakuan tanggung rugi yang ditandatangani oleh pegawai pengetua mahkamah yang menyatakan bahawa dia telah membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang segala perkara yang berkenaan dengannya dia telah diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

galangan kepada segala prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan segala perkara seperti yang disebut terdahulu.

(4)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melarang

Pendakwa

Raya daripada menghendaki mana-mana orang yang terhadapnya prosiding telah dimulakan di bawah Bahagian III memberikan keterangan dalam apa-apa prosiding lain di bawah Bahagian III atau dalam mana-mana perbicaraan berhubungan dengan suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau suatu kesalahan Terjadual.

Perlindungan pemberi maklumat

Section 37 — DANGEROUS DRUGS (FORFEITURE OF PROPERTY) ACT 1988