Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(a)
mendedahkan nama dan alamat mana-mana pemberi maklumat yang telah memberikan maklumat berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau apa-apa kesalahan Terjadual, atau berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan atau membawa kepada apa-apa prosiding di bawah Bahagian III, atau berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan atau membawa kepada penahanan mana-mana orang di bawah peruntukan
Ordinan
Darurat
(Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969
[P.U. (A) 187/1969], atau Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316];
atau
(b)
menjawab apa-apa pertanyaan jika jawapannya akan membawa, atau akan berkemungkinan boleh membawa, kepada nama atau alamat pemberi maklumat itu diketahui.
(2)
Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau Akta Dadah Berbahaya 1952 mengandungi
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 71
suatu catatan yang di dalamnya mana-mana pemberi maklumat ada dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada diketahui siapa pemberi maklumat itu, mahkamah hendaklah menyebabkan segala catatan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Keterangan agent provocateur boleh diterima