Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Dalam
Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“kerajaan asing” ertinya kerajaan sesuatu negara asing;
“negara asing” ertinya mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia;
“perkara berkaitan dengan dadah” ertinya apa-apa penyiasatan, siasatan, perbicaraan, atau prosiding lain di mana-mana negara asing di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan dadah berbahaya, atau dengan apa-apa harta yang digunakan untuk atau diperoleh daripada apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan dadah berbahaya, sama ada ia adalah kerana suatu kesalahan di bawah undang-undang itu, atau bagi pelucuthakan harta di bawah undang-undang itu;
“pihak berkuasa asing” ertinya mana-mana orang yang ditetapkan oleh suatu kerajaan asing sebagai pihak berkuasa yang kompeten untuk bertindak bagi pihak kerajaan asing itu bagi maksud Akta ini;
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
“pihak berkuasa Malaysia” ertinya Ketua Polis Negara.