Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Seseorang pegawai kanan polis boleh, atas arahan pihak berkuasa Malaysia, mendapatkan atau memastikan segala butir atau maklumat berkenaan dengan mana-mana orang, badan, perniagaan, perusahaan atau tempat, termasuk salinan dokumen atau rekod rasmi mana-mana jabatan Kerajaan atau mana-mana badan berkanun, atau mana-mana agensi Kerajaan, atau apa-apa cabutan daripada mana-mana dokumen atau rekod rasmi, yang tersedia untuknya, atau yang boleh didapatkan atau dipastikan olehnya dengan sah, atau yang diberikan dengan sukarela.