Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
Penyampaian proses atau dokumen
Seseorang pegawai kanan polis boleh, atas arahan pihak berkuasa Malaysia, menyebabkan disampaikan oleh mana-mana pegawai polis kepada mana-mana orang atau badan di Malaysia apa-apa jua pun proses atau dokumen yang dikeluarkan oleh mana-mana orang, pihak berkuasa atau mahkamah di mana-mana negara asing, tetapi walaupun ketidakpatuhan mana-mana
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 75
kehendak yang terkandung dalam proses atau dokumen itu tidak menyebabkan orang atau badan yang dikehendaki mematuhi kehendak itu dikenakan apa-apa penalti atau liabiliti di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang Malaysia, ia boleh menyebabkan orang atau badan itu dikenakan setiap penalti atau kemudaratan yang diperuntukkan di bawah undang-undang negara asing yang berkenaan, termasuklah pengenaan penyitaan atau pelucuthakan apa-apa harta di Malaysia atas perintah pihak berkuasa atau mahkamah negara asing yang diberi kuasa untuk membuat perintah itu.
Penghantaran salinan kenyataan atau rekod, atau keputusan penyiasatan yang dibuat di Malaysia