Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(2)
Pemeriksaan di bawah subseksyen
(1)
hendaklah berhubungan dengan perkara berkaitan dengan dadah yang dinyatakan oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu, dan orang itu hendaklah menjawab segala soalan yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai kanan polis, atau Timbalan Pendakwa
Raya, sama ada atas kehendaknya sendiri atau mengikut apa-apa interogatori bertulis yang diterima daripada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu.
(3)
Dalam merekodkan apa-apa keterangan di bawah seksyen ini segala keterangan yang tidak boleh diterima di bawah undang-undang Malaysia yang berhubungan dengan keterangan dalam prosiding jenayah, atau apa-apa keterangan yang dinyatakan oleh
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
pegawai kanan polis atau Timbalan Pendakwa Raya sebagai tidak boleh diterima di bawah undang-undang negara asing, hendaklah tidak dimasukkan.
(4)
Seseorang yang diperintahkan oleh pegawai kanan polis atau Timbalan Pendakwa Raya supaya hadir di hadapan Majistret untuk pemeriksaan di bawah seksyen ini hendaklah mematuhi terma perintah itu dan hendaklah terus hadir untuk pemeriksaan itu dari sehari ke sehari atau sebagaimana yang diarahkan oleh
Majistret atau pegawai kanan polis atau Timbalan Pendakwa
Raya itu sehinggalah pemeriksaan itu selesai.
(5)
Seseorang yang sedang diperiksa oleh Majistret di bawah seksyen ini adalah berhak diwakili di pemeriksaan itu oleh seorang peguam bela yang boleh mengemukakan kepada orang itu segala soalan yang relevan dengan perkara yang berkenaan dengannya orang itu sedang diperiksa, tetapi hanya selepas dia selesai diperiksa oleh pegawai kanan polis atau Timbalan
Pendakwa Raya, dan jika soalan sedemikian telah dikemukakan oleh peguam bela, pegawai kanan polis atau Timbalan Pendakwa
Raya adalah berhak memeriksa orang itu berhubungan dengan soalan itu dan jawapannya kepada soalan itu.
(6)
Mana-mana orang yang—
(a)
melanggar subseksyen (4); atau
(b)
tidak menjawab, atau menjawab dengan tidak benar, mana-mana soalan yang dikemukakan kepadanya semasa pemeriksaan di bawah seksyen ini, kecuali soalan yang dia tidak boleh dipaksa menjawabnya di bawah undang-undang Malaysia yang berhubungan dengan keterangan dalam prosiding jenayah, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 79
Pemeriksaan orang atau penggeledahan premis