Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Jika harta yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah harta yang menyalahi undang-undang oleh sebab ia ada hubungan dengan sesuatu perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang menjadi suatu kesalahan yang disebutkan dalam perenggan (a) bagi takrif “aktiviti larangan” di bawah subseksyen 2(2), orang yang dipertuduh atau suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah bertanggungan kerananya sama ada atau tidak mana-mana orang telah dipertuduh atau disabitkan atas kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) takrif “aktiviti larangan” yang tersebut itu.
(3)
Tidak menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1)
jika—
(a)
perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) itu dilakukan keseluruhannya di luar
Malaysia; dan
(b)
perbuatan yang sedemikian adalah berhubungan dengan harta yang menyalahi undang-undang, iaitu harta yang diperoleh atau didapati daripada atau dengan jalan sesuatu perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang semata-mata menjadi suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang asing yang disebutkan dalam perenggan (a) bagi takrif “aktiviti larangan” di bawah subseksyen 2(2).
Pelucuthakan harta apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4