Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
Malaysia, memeriksa atau menggeledah atau menyebabkan diperiksa atau digeledah—
(a)
atas alasan bahawa harta itu boleh dilucuthakkan di bawah undang-undang negara asing itu; atau
(b)
atas alasan bahawa harta atau artikel itu dikehendaki oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu bagi maksud apa-apa perkara berkaitan dengan dadah sama ada sebagai keterangan atau bagaimana jua pun selainnya.
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
(2)
Jika apa-apa harta alih atau artikel disita di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa Malaysia boleh menghantar harta alih atau artikel itu kepada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu atas suatu aku janji oleh kerajaan asing itu kepada
Kerajaan Malaysia bahawa harta alih atau artikel itu akan dikembalikan kepada pihak berkuasa Malaysia apabila selesai dengan muktamadnya segala prosiding di negara asing itu berkenaan dengan perkara berkaitan dengan dadah itu, melainkan jika Kerajaan Malaysia kemudiannya memberitahu kerajaan asing itu bahawa ia tidak perlu dikembalikan.
(3)
Jika mana-mana harta alih atau artikel yang disita di bawah subseksyen (1)(b) tidak dihantar kepada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu di bawah subseksyen (2), atau jika ia dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia apabila selesai dengan muktamadnya segala prosiding di negara asing itu berkenaan dengan perkara berkaitan dengan dadah itu, pihak berkuasa
Malaysia hendaklah mengembalikannya kepada orang yang daripadanya harta alih atau artikel itu telah disita melainkan jika ia dikehendaki bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang bertulis lain.
(4)
Subseksyen 25(2) dan (3), seksyen 26, 27, 28, 29, 30 dan 31 hendaklah, tertakluk kepada ubah suaian masing-masing yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual Kedua, terpakai bagi penyitaan apa-apa harta di bawah subseksyen (1).
(5)
Apabila selesai dengan muktamadnya segala prosiding di negara asing itu berkenaan dengan perkara berkaitan dengan dadah yang berhubungan dengannya apa-apa harta telah disita di bawah perenggan (1)(a), harta itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (6) dan (7), diperlakukan mengikut perintah pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing yang diberi kuasa di bawah undang-undang negara itu untuk membuat perintah sedemikian.
(6)
Jika perintah pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing itu menghendaki supaya harta itu dikembalikan kepada mana-mana orang di Malaysia, harta itu hendaklah, apabila ia
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 81
dikembalikan kepada pihak berkuasa Malaysia, dikembalikan kepada orang itu melainkan jika pihak berkuasa Malaysia berkehendakkan harta itu bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
(7)
Jika perintah pihak berkuasa asing atau mahkamah asing itu ialah perintah muktamad bagi pelucuthakan harta itu, perintah itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perintah pelucuthakan harta itu kepada Kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Mahkamah
Tinggi di Malaysia dan hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar
Mahkamah Tinggi di Malaysia, dan hendaklah, dengan demikian itu, diperlakukan mengikut peruntukan Akta ini yang terpakai bagi perintah pelucuthakan oleh Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Bahagian III.
(8)
Bagi maksud subseksyen (7), “perintah muktamad” ertinya suatu perintah yang tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan di negara asing itu; dan bagi maksud takrif ini, “rayuan”
termasuklah apa-apa prosiding dalam apa-apa jua bentuk dan bagaimana jua pun disebut berhubungan dengan keputusan yang diberikan di peringkat bidang kuasa asal atau di peringkat bidang kuasa rayuan rendah dan apa-apa prosiding berhubungan dengan pengampunan atau penjalanan kuasa peringanan oleh suatu pihak berkuasa eksekutif di negara asing itu.
(9)
Tiada seorang pun berhak menuntut apa-apa pampasan daripada Kerajaan Malaysia atau kerajaan asing itu atau daripada mana-mana orang atau pihak berkuasa yang bertindak bagi pihak
Kerajaan Malaysia atau kerajaan asing itu, atau di bawah kuasa undang-undang Malaysia atau undang-undang negara asing itu, berkenaan dengan apa-apa penyitaan atau pelupusan atau perlepasan harta itu di bawah undang-undang Malaysia atau undang-undang negara asing itu.
(10)
Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai pegawai kanan polis hendaklah, berhubungan dengan penyitaan apa-apa harta yang merupakan suatu perniagaan, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pegawai polis ditetapkan.
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
Pemintasan perhubungan