Malaysia legislation

Section 56

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 56

(a)

cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan;

(b)

melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan;

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 85

(c)

bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berikutan dengan komplot itu, adalah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2)

Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengandungi sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan tertentu

Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubungan dengan kesalahan di bawah peruntukan tertentu itu.

Tiada jaminan boleh diberikan berkenaan dengan kesalahan tertentu

Section 56 — DANGEROUS DRUGS (FORFEITURE OF PROPERTY) ACT 1988