Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
(a)
dengan menyerahkan sendiri notis atau perintah itu kepada orang yang baginya ia dimaksudkan;
(b)
dengan menyerahkan notis atau perintah itu kepada seorang orang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan
Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 87
atau perniagaan yang akhir sekali diketahui bagi orang yang baginya ia dimaksudkan;
(c)
dengan menghantarkan notis atau perintah itu melalui pos berdaftar kepada orang yang baginya ia dimaksudkan; atau
(d)
jika seorang pegawai polis yang ditetapkan berpuas hati dengan sebab yang hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis bahawa notis atau perintah itu tidak dapat disampaikan mengikut cara yang diperuntukkan dalam perenggan (a), (b), atau (c), dengan—
(i)
menampalkan notis atau perintah itu di suatu tempat yang mudah dilihat pada harta tak alih, jika ada, yang berhubungan dengannya notis atau perintah itu dikeluarkan atau dibuat, atau pada suatu bahagian premis yang mudah dilihat di mana orang yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan diketahui telah tinggal akhir sekali, atau telah bekerja akhir sekali, atau telah menjalankan perniagaan akhir sekali; dan
(ii)
menyiarkan notis atau perintah itu dalam sebuah akhbar yang beredar dalam kawasan di mana orang yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan diketahui telah tinggal akhir sekali, atau telah bekerja akhir sekali, atau telah menjalankan perniagaan akhir sekali.
(2)
Apa-apa notis atau perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini ke atas mana-mana badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, hendaklah disampaikan dengan menyerahkan notis atau perintah itu di tempat perniagaan badan itu kepada seorang pekhidmat, ejen atau pegawai badan itu atau, jika seorang pegawai polis yang ditetapkan berpuas hati dengan sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis bahawa notis atau perintah itu tidak dapat diserahkan sedemikian, dengan menampalkannya di suatu bahagian premis yang mudah dilihat di
88 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
tempat perniagaan yang akhir sekali diketahui bagi badan yang baginya notis atau perintah itu dimaksudkan, dan dengan menyiarkan notis atau perintah itu dalam sebuah akhbar yang beredar dalam kawasan di mana tempat perniagaan yang akhir sekali diketahui itu terletak.
Penalti am