Malaysia legislation

Section 63

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 63

Suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 hendaklah disifatkan sebagai—

(a)

suatu jenayah ekstradisi bagi maksud *Ordinan

Ekstradisi 1958 [Ord. 2 tahun 1958]; atau

(b)

suatu kesalahan ekstradisi bagi maksud **Akta

Penjenayah Buruan Komanwel 1967 [Akta 54 tahun 1967];

Dengan syarat bahawa apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang di bawah seksyen 3 atau 4 yang akan menjadi suatu galangan kepada prosiding yang berikutnya terhadap orang itu kerana kesalahan yang sama hendaklah menjadi suatu galangan kepada prosiding selanjutnya terhadap orang itu di bawah Ordinan

Ekstradisi 1958 atau Akta Penjenayah Buruan Komanwel 1967.

* CATATAN─ Ordinan Ekstradisi 1958 [Ord. 2 tahun 1958] telah dimansuhkan oleh Akta Ekstradisi 1992 [Akta 479]−lihat seksyen 54 bagi Akta 479.

** CATATAN─ Akta Penjenayah Buruan Komanwel 1967 [Ord. 54 tahun 1967] telah dimansuhkan oleh Akta Ekstradisi1992 [Akta 479]−lihat seksyen 54 bagi Akta 479.

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 340