Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988

Seksyen 6

Jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 telah dilakukan, mahkamah itu hendaklah membuat suatu perintah untuk melucuthakkan segala harta yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau yang telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, walau tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa proviso kepada seksyen 5 hendaklah terpakai berhubungan dengan perintah pelucuthakan di bawah seksyen ini.